Tolong Click Ye... :)

Rabu, 6 April 2011

Peugeot 3008 HYbrid4 akan tiba di Malaysia pada tahun ini


Bagi peminat kereta diesel hibrid,Wak ada berita baik,Nasim iaitu pengedar Peugeot di Malaysia akan menimbang kemungkinan untuk membawa model Peugeot 3008 HYbrid4 ke malaysia tahun ini.Model ini telah ditampilkan di Pameran Motor Paris October tahun lalu.

Automobiles Peugeot sekarang sedang melakukan beberapa ujian di Perancis untuk model ini dengan spesifikasi Euro 2M  diesel yang ada sekarang di Malaysia,menurut kata CEO Nasim,SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

'Setakat ini ujian tersebut mencatatkan keputusan positif,tetapi masih belum ada ujian dilakukan.Kesimpulannya,model 3008 HYbrid4 tiada masalah dengan spesifikasi Euro 2M tersebut,jadi kita akan membawanya ke Malaysia,kata SM Nasaruddin.

Model 3008 HYbrid4 mempunyai enjin berkapasiti 2 liter yang menghasilkan 163 kuasa kuda dan motor elektrik yang menghasilkan 37 kuasa kuda,dengan tork maksimumnya sebanyak 500 kuasa kuda (300 diesel dan 200 dari motor elektrik)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,Datuk Mustapa Mohamed telah menguji model ini sewaktu lawatannya di ibu pejabat PSA Peugeot-Citroen di Paris,minggu lalu.Mustapa yang memimpin rombongan ekonomi dan perdagangan Malaysia,juga telah bertemu Phillipe Varin,pengerusi PSA Peugeot Citroen yang mengilhamkan syarikat pengeluar kereta tersebut untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran Peugeot di rantau ASEAN.

1 ulasan: