Tolong Click Ye... :)

Selasa, 19 April 2011

Proton menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-20:Sektor Teknologi Automobil


Kira-kira 150 orang remaja mewakili pelbagai institut pengajian tinggi (IPT),sama ada kerajaan mahupun swasta telah menghadiri acara Pertandingan Kemahiran Malaysia kali ke-20:Sektor Teknologi Automotif yang diadakan minggu lalu di Alor Setar,Kedah.Pertandingan mencungkil bakat kemahiran ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan pengeluar kereta nasional,Proton,sebagai penaja utama.

Dalam pertandingan ini,ia terbahagi kepada beberapa kategori,yang terbuka kepada remaja berusia 22 tahun kebawah,Kategorinya adalah Pertandingan Kemahiran Proton (untuk mekanik/juruteknik Proton),Pertandingan Kemahiran Terbuka (untuk jurulatih/pelatih di institut teknikal/vokasional),dan Pertandingan Kemahiran MySkills (untuk guru-guru dan para jurulatih).

Pemenang peringkat akhir akan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta medal dan sijil,namun hadiah yang lebih hebat ialah dapat mewakili Malaysia di pentas ASEAN dan antarabangsa dalam pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa.

Menurut bekas Perdana Menteri dan Penasihat Proton,Tun Dr.Mahathir Mohamad,pertandingan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bertujuan untuk menajamkan dan membawa ke hadapan bakat yang dimiliki oleh remaja tersebut dalam bidang vokasional dan teknikal.Ia difokuskan kepada 21 kemahiran yang melibatkan tujuh industri utama iaitu automotif,pembinaan,perkilangan,ICT,hospitaliti,kosmetologi dan pertukangan tangan.

Proton mula melibatkan diri dalam pertandingan ini apabila kategori automotif diperkenalkan dalam pertandingan ini.Sebagai sebahagian yang terlibat dalam acara tahun lalu,Proton telah mengadakan pameran bagi kereta-kereta yang dihasilkannya dalam Pertandingan Inovasi.Beberapa kereta yang telah diubah suai turut dipamerkan di KLIMS 2010.Ia merupakan satu cara untuk merekrut remaja supaya berminat dengan sektor automotif.

Semua yang hadir di karnival tersebut yang dianjurkan di tempat letak kereta Stadium Darul Aman,turut dihiburkan oleh persembahan daripada artis-artis tempatan serta persembahan demonstrasi drift oleh 'Raja Drift' Tengku Djan,yang juga ketua R3 Racing serta pameran motosikal.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan