Tolong Click Ye... :)

Selasa, 12 April 2011

GP Malaysia: K'jaan mungkin lanjutkan lepas 2015


Kontrak bagi Malaysia untuk menjadi hos Formula 1 akan tamat pada 2015,tetapi kerajaan akan memutuskan mungkin untuk melanjutkan kontrak tersebut pada masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa kerajaan mungkin akan memutuskannya selepas perlumbaan Petronas Malaysian GP kelmarin.

Ia (perlumbaan F1) bagi PM,ia lebih dari sekadar perlumbaan.'Saya percaya ia dapat membantu meningkatkan imej Malaysia di pentas antarabangsa,'kata Najib.

Beliau menambah,sepanjang penglibatan Malaysia dalam Formula 1,penglibatan sedia ada adalah lebih mencukupi,apabila ditanya supaya ditambah lagi jumlah itu.'Lagi tiga cukuplah,Apa lagi?Ia adalah kemuncaknya,'balas Najib.

Selain Mercedes GP Petronas,Lotus Renault GP dan Team Lotus,yang terlibat secara langsung dalam perlumbaan F1,juga QNet,yang menjadi penaja untuk pasukan F1 Marussia Virgin Racing.Adakah Malaysia akan meneruskan lagi perlumbaan F1 lepas 2015?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan