Tolong Click Ye... :)

Khamis, 22 Disember 2011

Jualan kereta baru Thailand menjunam 67.5% November



Laporan menyatakan bahawa jualan kenderaan baru di Thailand telah menjunam sebanyak 67.5% pada November lalu sejak awal tahun ini akibat penggantungan pengeluaran kesan daripada bencana banjir di negara itu.

Dengan jumlah jualan kereta pada tahun ini ialah 739,506 unit,jumlah ini meningkat 4.6% berbanding tahun lalu,jumlah jualan bulan November ialah hanya 25,664 unit.Toyota kekal menguasai pasaran negara 'tomyam' itu dengan mencatatkan pegangan pasaran 15.8% manakala Mitsubishi di tangga kedua dengan 13.9% pegangan.

Jualan kenderaan penumpang di Thailand,bagaimanapun menjunam 62.2% pada tahun kepada 12,746 unit,dengan Honda merupakan yang terbesar dengan 22.2%,diikuti Nissan 21.1%.Manakala jualan trak pikap dan kenderaan perdagangan pula merosot 71.5% kepada 12,918 unit.Mitsubishi merupakan yang terbesar dengan 24.9%,manakala di tangga kedua ialah Isuzu dengan 20.1%.

Selasa, 20 Disember 2011

Peraduan Castrol EDGE Car Club-3 kelab jadi pemenang!



Peraduan Castrol EDGE Car Club serentak dengan pelancaran 'Castrol EDGE engineered with Titanium Fluid Strength Technology' berakhir dengan kejayaan tiga kelab kereta dalam kempen 'Experience The Strongest'.Peraduan itu yang bermula dengan menghantar gambar mengenai pengalaman pemanduan berprestasi berakhir dengan kemenangan tiga kelab:My Mazda Club,Lancer GT Club,dan NISMO Club.

Ketiga-tiga kelab kereta tersebut membawa pulang 2 karton Castrol EDGE,dimana satu karton mengandungi 6 botol.Kunci kekuatan Castrol EDGE ialah dengan teknologi Titanium Fluid Strength Technology yang menguatkan minyak pelincir ini yang memberi lebih prestasi kepada enjin,tindakbalas cepat berterusan dan menyesuaikan enjin dalam apa sahaja keadaan.Formulasi baru ini meminimakan perhubungan logam-logam enjin dan memaksimakan prestasi.

Pengalaman manis BHPetrol Racing Team di Macau



Team perlumbaan go-kart BHPetrol Racing Team telah melakar kejayaan yang memberangsangkan di Kejohanan CIK-FIA Asia Pacific di Litar Kartodromo De Coloane Macau,dengan Tan Weiron,yang baru beraksi di kategori Kart F1(KF1),menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dari 15 terbaik dunia dalam go-kart dan seorang lagi pelumba,Daim Hishamuddin,13 tahun berada di tangga ketiga dalam perlumbaan terbuka Formula 125 Junior dalam pusingan terakhir dalam Kejohanan Go-Kart Terbuka Asia (AKOC).

'Ini adalah minggu yang baik dan buruk bagi saya dalam perlumbaan KF1 ini.Kami tidak pernah diuji dan kami terpaksa bersaing dalam perlumbaan ini tanpa sebarang pengalaman.Minggu ini juga merupakan yang baik untuk saya memperbaiki mutu pemanduan bagi menjadi pelumba yang terbaik.Saya harus belajar lebih banyak perkara lagi dan saya berhasrat untuk bertanding lagi dalam mana-mana perlumbaan KF1 untuk lebih mendapatkan pengalaman,'kata Weiron.

Rodney Francis Magness,ketua pasukan BHPetrol Racing Team berkata,perlumbaan tersebut mrupakan pengalaman terbaik bagi pasukan dan ia merupakan yang baru bagi pasukan yang baru bertanding dalam KF1.'Segalanya lebih baik daripada dijangka dan catatan masa terbaik Weiron hanya 2/10 dari pelumba terpantas di trek tersebut.Memandangkan Weiron tiada pengalaman berlumba sebelum ini,ini merupakan pencapaian terbaik apatah lagi apabila menggunakan tayar Bridgestone yang lembut,'kata Magness.

Mengenai Daim pula,beliau kurang bernasib baik dalam perlumbaan ini pada tahun ini,bagaimanapun beliau masih lagi mampu menghasilkan keputusan terbaik dalam kedudukan tenang dalan kategori Junior.Ia adalah petanda baik bagi beliau untuk belajar lebih lagi dan menjadi lebih matang dalam perlumbaan ini,'tambah Magness lagi.Pasukan ini akan mengemukakan perancangan dan barisan perlumbaan 2012 mereka tidak lama lagi.

Plat Kuching dengan format terbaru

Selepas bermula dengan 1D 1234 Q,kemudian K 1234 Q,KA 1234 Q hingga KT 1234 Q,QK,QKA sehingga QKY,dan kemudian QA,QAA hinggalah QAY,kini nombor plat pendaftaran bagi bandar raya Kuching,Sarawak telahpun memasuki ke format baru,iaitu 'QAA 1 A' setelah no plat itu kehabisan sebagai QAY 9947 semalam.

Seperti yang dilihat dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bahagian 'Nombor Plat Terkini' hari ini,nombor plat bagi Kuching ialah QAA 154 A berbanding semalam iaitu QAY 9947.

Format terbaru ini seakan-akan menyerupai nombor plat negeri Sabah di mana ia bermula dengan kod negeri dan daerah,nombor siri dan kemudiannya satu huruf tambahan di belakangnya.Selepas ini,adakah nombor plat daerah Sibu pula?Adakah rupanya QSA 1234 A?

Saab Automobile 'gulung tikar' setelah pelan penyelamat Youngman,Pang Da gagal



Selepas 64 tahun bertahan,akhirnya syarikat automotif Sweden yang dinaungi General Motors (GM) akhirnya terpaksa 'gulung tikar' setelah pelan penyelamatnya yang terakhir dari syarikat automotif China,Youngman dan Pang Da gagal setelah ditolak oleh syarikat induknya,GM.Syarikat tersebut yang tidak lagi mengeluarkan kereta sejak April lalu,telah memfailkan permohonan kemuflisan kepada mahkamah tempatan,dan mahkamah kemudiannya telah meluluskan permohonan muflis tersebut,kata sumber.

'Selepas menerima maklumat mengenai kedudukan terdahulu GM dalam transaksi yang dipertimbang dengan GM,Youngman telah memutuskan bahawa ia tidak lagi berminat mahu meneruskan pelan penyelamatnya',kata Swedish Automobile iaitu pemilik Saab.

Lembaga Pengarah Saab Automobile kemudiannya memutuskan syarikat tanpa sebarang dana akan tidak lagi mampu membayar hutangnya dan pengisytiharan bankrap adalah yang terbaik,dan Swedish Automobile tidak merasakan akan mendapat 'keuntungan' daripadanya.

Selasa, 8 November 2011

Pengambilalihan Saab oleh Youngman,Pang Da belum muktamad:GM


Rundingan 'penyelamat' bagi pengeluar kereta Sweden,Saab yang diusahakan syarikat automotif China,Zhejiang Youngman dan Pang Da hanya akan berjaya sekiranya General Motors (GM) memberi kata putus mengenainya.'Rundingan harus dimulakan dari awal,'kata CEO Swedish Automotive,Viktor Muller.

GM telah berusaha untuk memutuskan ikatan dengan Saab,serta membatalkan serta-merta pembekalan komponen kenderaan serta model 9-4X kerana risiko yang disebabkan oleh pembeli China terpaksa menunggu lama selepas menempah model kereta jenama tersebut,lapor sebuah kenyataan.

Minggu lalu,GM meramalkan agak sukar bagi ia meneruskan bantuan rangsangan jualan kepada Saab,jika ia boleh menjejaskan ikatan pasaran sedia ada di China dan kedudukan kompetitifnya di pasaran lain.GM masih menguasai pegangan saham Saab dan menjadi pembekal terbesar komponennya,dan pengambilalihan Saab oleh Youngman dan Pang Da akan diselesaikan segera.Pada waktu itu,nasib pengeluar Saab terus seimbang dalam kedudukannya.

Selasa, 27 September 2011

Audi A6 3.0 TFSi dilancar di Malaysia:RM515,000


Model Audi A6 terbaru akhirnya tiba di Malaysia,dengan ia menjadi varian dengan enjin terbesar dalam model A6 iaitu 3.0TFSi Quattro.Berharga RM515,000,ia menjadi pesaing kepada BMW 535i dengan kapasiti enjin yang sama dan menambahkan kuasa pada sistem pacuan 4-rodanya.

Enjin 3.0 liter TFSi V6nya menghasilkan kuasa tork 300hp antara 5,250-6,500 rpm dan tork 440Nm dari 2,900 hingga 4,500 rpm.Ia juga terdapat pada model A8 3.0TFSi.Model ini juga turut menggunakan enjin supercharged untuk enjin V6 tersebut dan pemasa camshaft dalaman serta suntikan terus petrol.
 
A6 menggunakan transmisi dwi-klac S-Tronic 7-kelajuan dan juga sistem Quattro semua rodanya menghantar kuasa kepada semua roda menggunakan pembeza konsol gear tengah.Ia juga mempunyai sistem vektor tork.

Ia didatangkan dengan 12 pilihan warna-Putih Ibis,Hitam berkilat,Biru Aviator,Kelabu Dakota,Perak Ais,Hitam Havana,Biru Moonlight,Kelabu Oolong,Kelabu Kuarza,Putih Glasier,Hitam Phantom dan Merah Garnet.

Selain itu,anda juga boleh menambah beberapa aksesori untuk model ini,iaitu lampu LED berharga RM12,000,sistem audio Bang&Olufsen berharga RM28,000,serta paparan LCD untuk RM6,000.Untuk menjadikan model ini kelihatan lebih sporty,pakej kit sporty S-Line berharga RM30,000 untuk rupa hadapan lebih sporty,dan bumper belakang dengan warna kontra kelabu.  

Khamis, 15 September 2011

Perodua Myvi SE baru dan Extreme dilancar-dengan enjin 1.5 liter&berharga RM50,900-RM61,700


Selepas 3 bulan Myvi baru dilancarkan,kini detik-detik yang dinanti telahpun tiba.Perodua Myvi SE baru telahpun dilancarkan,dengan enjin yang lebih besar-1.5 liter dan dengan varian baru iaitu Myvi SE Extreme.Ia menjadi kapasiti enjin terbesar yang dimuatkan pada model hatchback popular ini.

Myvi SE baru ini menggunakan tagline 'Lagi Power,Lagi Best' berbanding Myvi biasa yang menggunakan tagline 'Lagi Best'Tagline itu digunakan bagi merujuk kepada kapasiti enjin 1.5 liter yang digunakan model ini.
 
Varian baru bagi Myvi SE,Extreme seakan-akan sama dengan varian SE biasa,cuma terdapat sedikit warna kekelabuan yang terdapat pada bahagian bawah bumpernya,kit tubuh lebih ekstrem dan beberapa aksesori tambahan.Selain itu,Extreme juga didatangkan dengan bumper yang sporty,dan pemegang pintu warna krom.manakala rim aloi sport gaya baru 7-jejari didatangkan masing-masing pada SE dan Extreme.
 
Kedua-dua model ini didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.Harga bermula daripada RM50,900 untuk SE manual hingga RM61,700 bagi Extreme auto,berbanding Myvi biasa yang berharga RM43,900 bagi Standard manual hingga RM57,400 bagi Elegance auto.
  
Model SE dan Extreme dikuasakan dengan enjin twincam 1.5 liter DVVT 3SZ-VE seperti yang digunakan model Alza.Ia menghasilkan 102 hp pada 6,000 rpm dan tork 136Nm pada 4,400 rpm.
 
Lagi power?Prestasi Myvi 1.5 liter SE manual menghasilkan prestasi 0-100 km/jam dalam 9.98 saat,manakala SE automatik pula 12.49 saat.Manakala penggunaan minyaknya pula,model SE manual menggunakan 1 liter petrol bagi perjalanan 15.9km manakala model SE auto menggunakan 1 liter petrol setiap perjalanan 12.9km.

Jumaat, 2 September 2011

Subaru XV dan BRZ dipamer di Frankfurt


Subaru akan mempamerkan dua model kereta terbaru di Pameran Motor Frankfurt 2011,iaitu model crossover XV (yang akan dipasang tempatan di Malaysia) dan versi dipertingkatkan bagi Subaru BRZ iaitu BRZ Prologue. Sekiranya anda tidak menyedarinya,BRZ ialah nama yang diberikan Subaru kepada model kereta sport FT-86 yang dibangunkan bersama Toyota.Ia dikuasakan dengan enjin boxer suntikan langsung Subaru 2.0 liter yang dibangunkan khas untuk BRZ dan FT-86.