Tolong Click Ye... :)
Isnin, 11 April 2011
Lotus Renault kekal kejayaan di Sepang
Pasukan Lotus Renault GP (LRGP) masih mengekalkan momentum kecemerlangannya dalam perlumbaan Formula 1 (F1) apabila pemandunya,Nick Heidfeld mencatatkan kemenangan di podium kedua pada Grand Prix Malaysia 2011 di Litar Sepang,semalam.
Heidfeld yang bermula di tangga keenam,berjaya membuktikan kehebatan pasukan LRGP apabila menduduki tempat kedua di belakang juara dunia,Sebastian Vettel (gambar) dari pasukan Red Bull dan Jenson Button dari McLaren.
Lebih manis lagi apabila ini ialah kejayaan kedua bagi pasukan berimej Malaysia itu selepas seorang lagi pemandu mereka dari Rusia,Vitaly Petrov telah menaiki podium ketiga pada GP Australia dua minggu lalu.
Ia amat menggembirakan ketua pasukannya,Eric Boullier setelah pasukannya mengumpul 30 mata dalam dua pusingan GP dan menduduki tempat keempat di belakang Red Bull (72) McLaren (48) dan Ferrari (36).
'GP Malaysia merupakan perlumbaan yang mencabar dengan banyak hentian pit,pelbagai perubahan strategi dan saya rasa ia tidak seperti yang dirancang oleh kita.Walau bagaimanapun,kita telah berjaya walaupun berada di tangga ketiga.Ia merupakan perkara yang cukup menggembirakan saya,'kata Boullier.
'Pastinya saya berasa gembira bagi pihak Heidfeld,tetapi saya juga berpuas hati dengan semua anggota pasukan ini.Ia merupakan ganjaran kepada kita apatah lagi beberapa isu yang timbul sebelum perlawanan,bagaimanapun saya sangat gembira,'tambahnya lagi.
Sementara lagi,seorang lagi tiga pemandunya,Vitaly Petrov terpaksa berpuas hati di tangga kelima apabila berlaku masalah mekanikal pada jenteranya menyebabkan dia terkeluar perlumbaan pada pusingan ke-49.
'Bagus sekiranya dapat memenangi satu lagi podium,tapi kami juga terkilan apabila Petrov tewas pada baki 10 pusingan lagi.Tidak dapat dinafikan,jentera kami kompetitif,meskipun ia belum pantas untuk memenangi perlumbaan.Jadi kami perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang tetapi kejayaan dua podium berturut-turut ini sudah memuaskan hati kami,'tambah Boullier lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan