Tolong Click Ye... :)

Selasa, 10 Mei 2011

Honda Malaysia buka gudang RM50 juta di Shah Alam


Honda Malaysia hari ini telah mengadakan majlis pecah tanah di tapak pembinaan gudang baru bernilai RM50 juta di Shah Alam,Selangor yang dijangka akan beroperasi pada suku kedua 2012.Gudang di Bukit Jelutong itu dibina di atas tanah seluas 12.4 ekar,serta gudang yang berkeluasan 28,000 sq ft itu akan dibina dalam tiga fasa dan akan menyimpan bahagian alat ganti kereta untuk jualan.

'Pasaran Malaysia sangat membantu Honda dan pembukaan gudang ini seiring dengan pertumbuhan berterusan pasaran Malaysia.Pada 3 tahun terakhir,jumlah jualan kami bertumbuh sebanyak 12,000 unit dengan peningkatan 1.4% dalam penguasaan pasaran.Pembukaan gudang ini di tempat strategik adalah stau tindakan kita untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti,kata CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia,Yoichiro Ueno.

Ueno menambah,lokasi tersebut dipilih kerana ia menepati kriteria Honda Malaysia yang menyasarkan jarak antara gudang tersebut dengan lebuh raya utama di Lembah Klang.Dengan ini,Honda Malaysia dapat memendekkan perjalanan untuk menghantar alat ganti kepada pengedar.Lebih 60% kawasan pengedaran alat ganti adalah dalam Lembah Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan