Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 7 Mei 2011

Permit untuk para penarik kereta berkuatkuasa 1 Jun


Berdasarkan laporan Bernama,semua penarik kereta yang diupah oleh bank mesti mendapatkan sejenis permit yang sah.Permit tersebutdikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dibawah Akta Jual Beli 1967 (Pindaan 2010).

'Permit tersebut hanya berharga RM20 untuk dua tahun dan RM20 lagi untuk pembaharuan 2 tahun berikutnya,kata pengarah KPDNKK Sarawak,Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Penarik kereta mesti mematuhi peraturan tersebut dan tidak memaksa pembeli,serta pemohon mestilan warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas,dan tiada rekod jenayah.

Di bawah peraturan ini,penarikan kereta mesti memerlukan perintah mahkamah,sekiranya si pembeli telah membayar 75% daripada harga kereta.Mereka yang gagal mematuhinya akan berhadapan dengan hukuman hukuman penjara 3 tahun dan denda RM25,000 serta denda RM50,000 dan penjara 5 tahun untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan