Tolong Click Ye... :)

Khamis, 26 Mei 2011

Proton Saga FL 1.6 Executive diumum-RM46,549


Proton Saga FL 1.6 Executive telah diumumkan Proton hari ini,dengan dijual pada tanda harga RM46,549 di Semenanjung Malaysia,model yang sedikit premium dari model Saga FL 1.3 Executive sedia ada yang berharga RM43,298.

Ia merupakan berita baik bagi mereka yang inginkan model Saga 1.6 liter enjin IAFM.Sebelum ini,varian Saga 1.6 liter juga terdapat pada model B-Line Saga pra-FL,yang didatangkan dengan warna Chilli Red (merah) sahaja.Proton Saga FL 1.6 Executive baru ini hanya didatangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan,dan hanya didatangkan dengan warna Solid White (putih) saja.

   
Berlainan dengan Saga FL 1.3 liter,model 1.6 liter ini didatangkan dengan rim aloi serba baru dan garisan berwarna ungu yang panjangnya dari lampu belakang hingga lampu depan.Pada kemasan dalamannya pula,Proton menambah kemasan krom gelap pada outlet penyaman udara,panel tengah,pemegang pintu dalaman,dan roda stering.Untuk keselamatan,ciri keselamatan seperti beg udara SRS berkembar pemandu dan penumpang hadapan ditawarkan untuk varian Executive 1.3 dan 1.6 liter.

'Model Saga 1.6L ini akan menarik perhatian pembeli,terutama pembeli bujang dan muda dan pemilik kereta dengan ciri-cirinya yang lebih menarik,mampu milik,jimat kos serta lebih berkuasa,'kata Pengarah Urusan Proton,Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin.

   
Pada masa sekarang,Proton telah menjual purata 6,700 buah Saga sebulan.Proton menyasarkan bahawa model Saga 1.6 Executive ini dapat dijual sebanyak 300 buah sebulan,sekaligus akan mencukupkan jualan Saga pada 7,000 unit sebulan.Proton juga menyasar akan dapat menjual 83,000 unit Saga (dan keseluruhan 173,000 unit Proton)sepanjang tahun kewangan 2011/2012. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan