Tolong Click Ye... :)

Khamis, 16 Jun 2011

Modenas lancar motosikal elektrik pertamanya-Modenas CTric



Pengeluar motosikal nasional,Modenas hari ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri-ia telah melancarkan motosikal elektrik pertamanya iaitu CTric di Shah Alam semalam.Model itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia,Dato' Kong Cho Ha.

CEO Modenas,Abdul Halim Ismail berkata,model CTric telah juga mendapat 100 tempahan luar negara pertama iaitu dari Iran.'Pesanan motosikal itu akan dihantar segera ke Iran hujung bulan ini.Kami menyasarkan dapat menjual sekurang-kurangnya sebanyak 200 unit sebulan,'katanya.

Negara seperti Indonesia,Korea Selatan,Greece,Poland,dan Vietnam turut berminat dengan model baru motosikal tersebut.CTric menggunakan 80% komponen tempatan dan bakinya merupakan komponen dari China.Modenas CTric menjadi motosikal elektrik pertama yang mendapat kelulusan SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana ia mempunyai nombor chasis.

'Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 tahun lalu menjelaskan bahawa kenderaan elektrik dibenar untuk didaftar dengan JPJ.Sebelum itu kenderaan elektrik tidak dapat didaftarkan JPJ kerana JPJ perlu merekodkan nombor chasis dan enjin.Kenderaan elektrik hanya mempunyai nombor chasis,'kata Kong.

CTric didatangkan dengan dua pilihan warna-hijau dan oren.Ia dijual pada harga RM4,888 (atas jalan dengan insurans dan cukai jalan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan