Tolong Click Ye... :)

Khamis, 15 September 2011

Perodua Myvi SE baru dan Extreme dilancar-dengan enjin 1.5 liter&berharga RM50,900-RM61,700


Selepas 3 bulan Myvi baru dilancarkan,kini detik-detik yang dinanti telahpun tiba.Perodua Myvi SE baru telahpun dilancarkan,dengan enjin yang lebih besar-1.5 liter dan dengan varian baru iaitu Myvi SE Extreme.Ia menjadi kapasiti enjin terbesar yang dimuatkan pada model hatchback popular ini.

Myvi SE baru ini menggunakan tagline 'Lagi Power,Lagi Best' berbanding Myvi biasa yang menggunakan tagline 'Lagi Best'Tagline itu digunakan bagi merujuk kepada kapasiti enjin 1.5 liter yang digunakan model ini.
 
Varian baru bagi Myvi SE,Extreme seakan-akan sama dengan varian SE biasa,cuma terdapat sedikit warna kekelabuan yang terdapat pada bahagian bawah bumpernya,kit tubuh lebih ekstrem dan beberapa aksesori tambahan.Selain itu,Extreme juga didatangkan dengan bumper yang sporty,dan pemegang pintu warna krom.manakala rim aloi sport gaya baru 7-jejari didatangkan masing-masing pada SE dan Extreme.
 
Kedua-dua model ini didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.Harga bermula daripada RM50,900 untuk SE manual hingga RM61,700 bagi Extreme auto,berbanding Myvi biasa yang berharga RM43,900 bagi Standard manual hingga RM57,400 bagi Elegance auto.
  
Model SE dan Extreme dikuasakan dengan enjin twincam 1.5 liter DVVT 3SZ-VE seperti yang digunakan model Alza.Ia menghasilkan 102 hp pada 6,000 rpm dan tork 136Nm pada 4,400 rpm.
 
Lagi power?Prestasi Myvi 1.5 liter SE manual menghasilkan prestasi 0-100 km/jam dalam 9.98 saat,manakala SE automatik pula 12.49 saat.Manakala penggunaan minyaknya pula,model SE manual menggunakan 1 liter petrol bagi perjalanan 15.9km manakala model SE auto menggunakan 1 liter petrol setiap perjalanan 12.9km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan