Tolong Click Ye... :)

Selasa, 20 Disember 2011

Pengalaman manis BHPetrol Racing Team di Macau



Team perlumbaan go-kart BHPetrol Racing Team telah melakar kejayaan yang memberangsangkan di Kejohanan CIK-FIA Asia Pacific di Litar Kartodromo De Coloane Macau,dengan Tan Weiron,yang baru beraksi di kategori Kart F1(KF1),menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dari 15 terbaik dunia dalam go-kart dan seorang lagi pelumba,Daim Hishamuddin,13 tahun berada di tangga ketiga dalam perlumbaan terbuka Formula 125 Junior dalam pusingan terakhir dalam Kejohanan Go-Kart Terbuka Asia (AKOC).

'Ini adalah minggu yang baik dan buruk bagi saya dalam perlumbaan KF1 ini.Kami tidak pernah diuji dan kami terpaksa bersaing dalam perlumbaan ini tanpa sebarang pengalaman.Minggu ini juga merupakan yang baik untuk saya memperbaiki mutu pemanduan bagi menjadi pelumba yang terbaik.Saya harus belajar lebih banyak perkara lagi dan saya berhasrat untuk bertanding lagi dalam mana-mana perlumbaan KF1 untuk lebih mendapatkan pengalaman,'kata Weiron.

Rodney Francis Magness,ketua pasukan BHPetrol Racing Team berkata,perlumbaan tersebut mrupakan pengalaman terbaik bagi pasukan dan ia merupakan yang baru bagi pasukan yang baru bertanding dalam KF1.'Segalanya lebih baik daripada dijangka dan catatan masa terbaik Weiron hanya 2/10 dari pelumba terpantas di trek tersebut.Memandangkan Weiron tiada pengalaman berlumba sebelum ini,ini merupakan pencapaian terbaik apatah lagi apabila menggunakan tayar Bridgestone yang lembut,'kata Magness.

Mengenai Daim pula,beliau kurang bernasib baik dalam perlumbaan ini pada tahun ini,bagaimanapun beliau masih lagi mampu menghasilkan keputusan terbaik dalam kedudukan tenang dalan kategori Junior.Ia adalah petanda baik bagi beliau untuk belajar lebih lagi dan menjadi lebih matang dalam perlumbaan ini,'tambah Magness lagi.Pasukan ini akan mengemukakan perancangan dan barisan perlumbaan 2012 mereka tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan