Tolong Click Ye... :)

Khamis, 7 April 2011

Jenama Infiniti akan tiba di Malaysia suku keempat 2011


Infiniti yang merupakan jenama kereta yang juga anak syarikat Nissan,akan tiba di Malaysia pada suku keempat tahun ini,kata Infiniti yang sedang merancang untuk melancarkan beberapa model kereta keluarannya untuk pasaran Malaysia.

Pelancaran jenama tersebut di Malaysia kemudian diikuti dengan pelancarannya di Indonesia,Singapura,Australia dan Mexico.Pada 2013,ia menyasarkan 25 buah negara lagi untuk membolehkan Infiniti dipasarkan di seluruh dunia.

Perancangan seterusnya ialah membuka Infiniti Centre,yang akan dibina di kawasan segi tiga Kuala Lumpur,dalam tahun ini.Pusat itu akan dikendalikan oleh Inspired Motor,syarikat usahasama antara pengedar Nissan di Malaysia,Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Auto Dunia.Inspired Motor akan bertanggungjawab dalam jualannya,manakala Auto Dunia ialah pemegang francaisnya.

'Sebagai sebahagian daripada perkembangan antarabangsa kami,kami sangat teruja untuk melancarkan Infiniti    
di Malaysia dan selamat datang kepada Inspired Motor yang baru ditubuhkan kepada jenama mewah kita,'kata Toru Saito,naib presiden Infiniti.

'Sekitar tahun ini,janji kami untuk melancarkan kenderaan mewah dengan gabungan unik prestasinya,layanan yang baik,dan kualiti tiada tandingan akan direalisasikan oleh kami kepada pembeli Malaysia,yang diketahui mudah menerima jenama yang eksklusif,' kata Saito lagi.

Pengarah Eksekutif ETCM,Dato'Dr.Ang Bon Beng berkata,kemunculan jenama Infiniti sangat sesuai pada masanya ditambah dengan jualan automotif mewah di Malaysia mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.'Tahun lepas,segmen tersebut berkembang 40%.Kami juga akan menjadi syarikat yang menawarkan pembeli kereta mewah di Malaysia jenama yang boleh memberi kemewahan yang tiada penghujungnya,'kata Ang Bon Beng.

Model-model Infiniti yang akan dilancarkan di Malaysia ialah model crossover FX50 dan FX37,sedan M37 dan coupe G37.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan