Tolong Click Ye... :)

Khamis, 7 April 2011

Team Lotus Renault F1 lawat kilang Proton


Rombongan pasukan Lotus Renault GP(LRGP) telah mengadakan lawatan ke Kilang Proton di Shah Alam hari ini,dengan diketuai oleh Pengarah Urusan pasukan,Eric Boullier,ditemani dengan pasukannya.

Rombongan tersebut disertai oleh pemandu pasukan,Vitaly Petrov dan pemandu simpanan,Bruno Senna.Manakala mewakili pasukan Lotus ialah pengarah korporatnya,Gino Rosato dan duta jenama Group Lotus,Jean Alesi.

Lawatan ini dilakukan sebagai membalas lawatan rombongan pengurusan Proton ke kilang LRGP di Enstone UK,awal tahun ini menyediakan pasukan Formula 1 tanggapan positif terhadap industri automotif Malaysia,serta menyiapkan mereka pada cabaran dalam dunia Formula 1.

Proton yang diketuai oleh Pengarah Urusannya,Datuk Seri Syed Zainal Abidin,telah memberikan penjelajahan eksklusif di sekeliling zon Penyelidikan dan Pembangunannya dan Zon Pengeluaran utamanya.

Proton juga mengumumkan kumpulan jurutera Proton akan menyertai LRGP dalam program pertukaran pakar dalam usaha pertukaran ilmu pengetahuan,kemahiran dan pengalaman.

'Pendedahan berharga dalam persekitaran istimewa ialah peluang untuk kita melibatkan diri dalam pembangunan kenderaan dengan teknologi yang dipertingkatkan,yang akan menguatkan kebolehan kejuruteraan dan teknikal kita,apa yang mahu kita lihat ialah kereta Proton yang akan dipertingkatkan dengan drastiknya.'kata Syed Zainal.

'Penglibatan dalam F1 telah memberikan impak positif dengan kerjasama masing-masing yang terlibat dalam F1 sejak sekian lama.Dengan penglibatan Lotus dalam F1,Saya percaya kedua belah pihak akan mendapat manfaat dari perkongsian kepakaran ini,kata Boullier.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan