Tolong Click Ye... :)

Khamis, 14 April 2011

Kia Forte menjadi 'Model Baru Terbaik 2011' oleh F&S


Naza Kia Forte mendapat satu lagi penghargaan-buat kali ke-6 lepas pelancarannya pada November 2009.Ia dinamakan sebagai 'Model Baru Terbaik 2011' oleh Anugerah Kecemerlangan Frost&Sullivan Malaysia.

Anugerah tersebut disampaikan pada model tersebut kerana model tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan pelanggan.Sejak pelancarannya pada November 2009,Forte telah berjaya dijual sebanyak 6,878 unit.

Konsultan bagi Automotif dan Pengangkutan Frost&Sullivan Asia Pasifik,Ahmad Faridz Dzulkarnain berkata,Forte berjaya menawarkan teknologi dan gaya Eropah yang dinamik dan signifikan pada harga yang sangat berpatutan.

'Penerimaan pasaran bagi model ini adalah berdasarkan jumlah jualannya yang melebihi 5,200 unit dan memperoleh 2.5% penguasaan pasaran bagi segmen C.Sedan segmen C yang lainnya yang baru dilancarkan hanya dapat dijual dalam jumlah kurang daripada 3,000 unit,katanya.


'Persaingan dalam segmen sedan ini bersandarkan kepada kekuatan pasaran sedan segmen-C kepada pasaran tahunan kereta sedan di Malaysia,tambahnya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan