Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 15 April 2011

Proton pinjam RM1b setahun

Proton terpaksa meminjam bagi mendapatkan wang memandangkan perbelanjaan modalnya dijangka RM800 juta hingga RM1 bilion setahun termasuk untuk Group Lotus dan penyelidikan dan pembangunan tempatan,kata MIDF.

MIDF berkata,dalam kajiannya,dana tunai Proton telah berkurangan kepada RM969.3 juta pada akhir 2010 berbanding RM1.6 bilion pada Mac 2010,serta aliran keluar tunai untuk pemulihan Lotus.

'Jika diandaikan nisbah ekuiti ke atas hutang yang boleh diurus pada tahap 0.3 kali,Proton perlu mengumpul sehingga RM1.6 bilion untuk membiayai perbelanjaan modalnya,'kata MIDF.

Group Lotus yang dimiliki 100% oleh Proton akan menandatangani perjanjian pembiayaan bersindiket dengan enam bank.Bank tersebut ialah CIMB Group Holdings Berhad,Malayan Banking Berhad,Overseas Chinese Banking Corp,EON Capital Bhd,Exim Bank dan Affin Holdings Berhad.

Firma penyelidikan itu bagaimanapun mengulangi saranan 'beli' ke atas saham Proton pada harga sasaran RM5.20 berdasarkan nisbah pendapatan harga lapan kali untuk unjuran pendapatan tahun kewangan 2010 dan nisbah aset tidak ketara sebanyak 0.4 kali.

Saham itu juga mempunyai potensi pulangan 55.9 peratus,termasuk pulangan dividen 1.1 peratus berbanding harga semasa.

MIDF mengunjurkan keuntungan sebelum cukai Proton bagi tahun kewangan 2012 sebanyak RM400.7 juta hasil perolehan sebanyak RM9.52 bilion,manakala bagi tahun ini,unjuran keuntungan sebelum cukai ialah sebanyak RM299.3 bilion atas perolehan RM8.382 bilion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan