Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 9 April 2011

Perodua mengekalkan penguasaan:Myvi kekal terlaris


Perodua masih lagi mengekalkan penguasaannya dalam industri automotif Malaysia,dengan 45,700 unit kenderaan terjual dalam suku pertama 2011,menjadikan pegangan pasarannya kini 29.1%.

Berbanding tempoh sama tahun lalu,bagaimanapun jualan merosot sedikit 4.4% dari 47,800 unit dan pegangan pasaran 32.4%,petanda bahawa persaingan antara pengeluar semakin 'panas',kata Pengarah Urusan Perodua,Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dalam keadaan pasaran yang mencabar kini,Perodua masih mencatatkan jualan terbaik untuk tahun setakat Mac 2011,dengan 18,000 unit terjual yang disumbangkan oleh tiga modelnya,Myvi,Viva dan Alza.

Myvi kekal sebagai model kereta terlaris di Malaysia dengan 21,500 unit dijual dalam tiga bulan pertama tahun ini,di mana ia 19% lebih tinggi daripada 18,000 unit terjual pada 2010.

'Kami berbangga dengan pencapaian jualan model Myvi yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu.Ia adalah testimoni kepada kualiti dan nilai untuk wang terhadap Myvi,'kata Aminar.

Perodua juga telah menjual 15,900 unit Viva,manakala Alza menggungguli segmen MPV dengan jualan 8,400 unit.

Aminar berkata,Perodua juga berusaha untuk mempertingkatkan pegangan jualannya kepada 49% sepanjang  
suku pertama 2011dengan jumlah 416,500,dimana 4% lebih tinggi dari penguasaan pasaran 45% dan 400,800 pada 2010.Jualan alat ganti dan aksesorinya pula menyumbang 31% dari jumlah tersebut.

Melangkah kehadapan,suku kedua dan ketiga amat mencabar bagi pengeluaran Perodua akibat kesan dari gempa bumi dan tsunami di Jepun,namun sentiasa optimis untuk mencapai yang terbaik.'Kami percaya kesan ini hanya sementara dan kami akan menjadi lebih kukuh selepas ini,'kata Aminar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan