Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 8 April 2011

Proton mahu atasi Perodua

Proton Holdings Bhd (Proton) berhasrat untuk mengatasi kedudukan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) sebagai pengeluar yang mencatat jualan kereta tertinggi di negara ini,kata Pengarah Urusannya,Datuk Seri Syed Zainal Abidin,semalam.

Sasaran itu dibuat kerana keyakinan pengguna yang kukuh,strategi produk dan penetapan harga dan rangkaian yang bertambah baik terhadap Proton.

'Keseluruhannya,kami menyasarkan untuk mencatat jualan tujuh hingga lapan peratus lebih tinggi daripada tahun lepas,tetapi kami sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran jualan sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sembilan peratus pada 2010.

'Jualan domestik berkembang setiap tahun,itu satu petanda baik.Kami akan mengatasi perkembangan industri.Kami bertambah baik,semua pihak bertambah baik,'katanya kepada pemberita selepas mengalu-alukan lawatan pasukan F1 Lotus Renault GP ke kilang Proton di Shah Alam,semalam.

Proton,pengeluar kereta nasional,kehilangan penguasaan pasarannya pada 2005 setelah Perodua tampil dengan model terlarisnya,Myvi telah merampas gelaran pengeluar kereta nombor satu yang disandang oleh Proton sejak 1985.

Tahun lalu,Proton mencatat jualan kereta sebanyak 157,274 buah,berbanding Perodua yang mencatat jualan 188,641 buah.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA),Proton dan Perodua masing-masing mencatat jualan 27,365 buah dan 27,713 buah kereta pada Januari dan Februari tahun ini.

Syed Zainal berkata,Proton akan lebih menekankan kualiti dan memulakan kempen pemasaran secara agresif untuk mempromosi model sedia ada dan memperkenalkan lebih banyak model dan varian baru untuk mempertigkatkan jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan