Tolong Click Ye... :)

Ahad, 10 April 2011

Primax 95 Xtra dilancarkan Petronas


Petronas hari ini telah memperkenalkan petrol terbarunya di pasaran iaitu Primax 95 Xtra yang menggantikan petrol RON95 yang sedia ada bagi membolehkan pemandu berjimat sambil merasai prestasi pemanduan yang lebih unggul.

Produk tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Menara Berkembar Petronas,serentak dengan konsert Twin Towers@Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket Formula 1(F1) malam semalam.

Minyak Primax95 Xtra tersebut boleh didapati di semua 955 stesen Petronas di seluruh negara.Ia berupaya untuk memacu kenderaan denngan lebih jauh dari petrol RON95 biasa serta teknologi Formula 1nya bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Petronas,Amir Hamzah Azizan,produk itu dihasilkan dari kajian selama dua tahun Petronas melalui penglibatannya dalam Formula 1.

'Meskipun ia dijual pada harga yang sama dengan petrol RON95 iaitu RM1.90 seliter,namun ia juga mampu menawarkan lebih kuasa dan prestasi  kepada pemandu berdasarkan teknologi Formula 1,katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan