Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 9 April 2011

Proton memberi pengalaman F1 kepada kanak-kanak


Lebih kurang 130 anak yatim dan murid sekolah telah merasai pengalaman yang paling hebat bagi mereka kerana bukan sahaja dapat mengunjungi sesi latihan bagi F1 Grand Prix Malaysia 2011,malahan berpeluang mendekati bintang-bintang Team Lotus Renault GP.

Kanak-kanak tersebut yang berusia antara 8 dan 17 tahun,telah merasai keseronokan melihat sesi praktikal dari tempat duduk 'grandstand' serta menyertai beberapa aktiviti menarik di booth Proton di perkampungan Formula 1.

Di hari kemuncak bagi mereka,mereka dapat berjumpa dengan pemandu pasukan Lotus Renault GP,Vitaly Petrov dan Nick Heidfeld sepanjang sesi pertemuan empat mata itu di petak pit.Sebagai tambahan,pemandu simpanannya,Bruno Senna telah menyambut kedatangan mereka di garaj Lotus Renault GP.

Kanak-kanak tersebut,yang datang dari Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam di Temoh,Perak,dan Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras,Kuala Lumpur juga murid dari Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya,dan SK Tanjung Malim,Perak juga telah melawati Muzium Automobil Nasional dan menjelajah kawasan SIC Mall dan menyertai sesi kuiz yang dianjurkan untuk mereka.

Lawatan sambil belajar di SIC ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial Proton sepanjang perlumbaan Petronas Malaysian GP.'Lawatan ini menawarkan pada mereka peluang berharga dalam hidup mereka untuk menjadi sebahagian dari sambutan Formula 1 dengan Proton,dan ia dapat menarik mereka untuk menyertai kita dan meluangkan masa bersama,'kata Pengarah Urusan Proton,Datuk Seri Syed Zainal Abidin.

'Walaupun sekarang ialah musim Formula 1,kami tetap tidak melupakan tanggungjawab sosial kami-sama seperti kami mahu menjadi pemain utama dalam industri automotif global,tetapi Proton tetap tidak melupakan tanggungjawab kami terhadap masyarakat,terutamanya generasi Malaysia akan datang.Ia sangat penting kerana kanak-kanak patut diberi peluang merasai pengalaman Formula 1 dan kemudiannya menjadi pengalaman berharga bagi mereka,'kata Syed Zainal lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan