Tolong Click Ye... :)

Khamis, 21 April 2011

Proton-Petronas lancar pelincir transmisi auto ATF-XP3


Proton melalui kerjasamanya dengan Petronas telah melancarkan sejenis minyak pelincir untuk kereta Proton bertransmisi automatik iaitu Petronas ATF-XP3 di Putrajaya,sebentar tadi.Ia merupakan minyak pelincir yang dirumus khas dan telah diperakui selamat digunakan untuk kereta keluaran Proton.

Minyak pelincir ATF-XP3 dikilangkan dari minyak pelincir likatan tinggi dan bermutu,dan ia mengandungi bahan molekul yang unik untuk melancarkan operasi gear automatik,dan perlindungan terbaik dari ketidaklancaran enjin.ATF-XP3 juga menawarkan perlindungan dalam suhu tinggi mahupun rendah.

Mengikut standard PES-1133 Proton,pelincir ATF-XP3 boleh digunakan untuk gear kereta transmisi auto Proton sekiranya pelincir jenis Dexron tidak sesuai digunakan.Pelincir baru ini juga boleh digunakan untuk gear auto sistem kawalan gelincir penukar tork yang memerlukan ATF-9.

ATF-XP3 boleh digunakan oleh beberapa model kenderaan gear automatik Proton seperti Saga (1985-2008),Saga BLM,Iswara,Wira/Satria/Putra (1993-2008),Waja 2000/Campro/CPS,Gen.2 2004 /IAFM/CPS,Persona dan Exora.Ia tidak sesuai digunakan oleh model Perdana,Savvy (kerana transmisi autonya bercampur dengan manual),dan Inspira (kerana transmisi auto CVT nya tak boleh menerimanya).

Minyak pelincir ATF-XP3 (1 liter) dijual pada harga RM29.96 di Semenanjung Malaysia dan RM30.46 di Sabah dan Sarawak.Ia boleh didapati di mana-mana pusat servis Proton di seluruh negara,serta akan menggantikan minyak pelincir sedia ada iaitu ATF-SP111 Proton,yang berharga RM30.91.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan