Tolong Click Ye... :)

Khamis, 21 April 2011

Goodyear dan AAM lancar kempen 'Women With Drive' khas untuk pemandu wanita


Pemandu wanita.Walaupun Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Bung Mokhtar Radin telah memperkatakan tentang sikap pemandu wanita,namun wanita tetap merupakan pemandu yang terbaik.Oleh itu Goodyear serta Persatuan Automobil Malaysia (AAM) telah melancarkan program pertamanya mengenai wanita yang dipanggil 'Women With Drive' di Bangsar pagi tadi.

'Women With Drive' ialah satu program bengkel kesedaran komuniti untuk wanita,dikendalikan oleh pakar-pakar Goodyear Autocare untuk mendidik para pemandu wanita tentang hal-ehwal kenderaan dan jalan raya.Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan wanita dengan keyakinan dan pengetahuan mengenai penjagaan displin di jalan raya.

Bulan seterusnya,latihan kelangsungan hidup yang pertama akan dilakukan setiap tiga bulan dengan objektif seperti berkongsi petua dan pedoman,falsafah mengenai penjagaan auto dan pemanduan yang sempurna.Dalam bengkel ini,para wanita akan mempelajari bagaimana memeriksa enjin,minyak,litar elektrik,tali sawat dan tayar.

'Ia adalah kesempatan yang terbaik bagi wanita untuk membina keyakinan diri dan akan menjadi lebih bijak di jalan raya.Wanita telah memainkan peranan yang penting di rumah,maka mereka juga perlu memahami lebih tentang kenderaan masing-masing,serta yang mana yang terbaik untuk mereka berdasarkan keperluan yang berbeza bagi mengelakkan ditipu jika tidak sesuai.Ia juga merupakan program pertama di Malaysia yang telah melahirkan pemandu wanita yang berkualiti,'jelas Ivy Peng,Pengarah Jualan Goodyear.

Artis-artis wanita yang memberi sokongan kepada pelancaran kempen tersebut ialah Sarimah Ibrahim,Bernie Chan,Xandria Ooi,Sasha Rowena dan drifter wanita dari Team Goodyear,Azrina Jane Abdullah.Teruskan mengikuti perkembangan selanjutnya mengenai program Women With Drive ini wahai pemandu-pemandu wanita sekalian!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan