Tolong Click Ye... :)

Selasa, 26 April 2011

UMW Toyota labur RM1 bilion tingkatkan pengeluaran


Berdasarkan pengumumannya untuk mengurangkan pengeluarannya hingga 3 Jun,UMW Toyota akan melihat kemungkinan untuk melabur RM1 bilion untuk mengembangkan lagi pengeluarannya dan menaiktaraf kemudahan pengeluarannya untuk tiga tahun lagi.

Pengurangan pengeluarannya yang disebabkan oleh bekalan komponen elektroniknya yang tergendala ekoran bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun pada bulan lalu.Syarikat itu juga telah mengurangkan masa bekerja kepada 3 hari seminggu dan satu shif sehari sehingga 3 Jun.Bagaimanapun,UMW Toyota yakin dapat
mengekalkan jumlah jualan 90,000 unit dalam tahun 2011.

Walaupun perkara berikut terjadi,namun syarikat itu sedang bersedia untuk pelancaran model pemasangan tempatan Camry generasi baru,yang akan dipasang di kilang pemasangan milik Assembly Services Sdn.Bhd (ASSB) di Shah Alam,Selangor selepas pelancaran model tersebut.Kilang tersebut juga meraikan pengeluaran kereta Toyotanya yang ke sejuta kelmarin,di mana model ke sejuta tersebut ialah model Vios TRD Sportivo.

Manakala peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta lagi digunakan untuk menaiktaraf kilang milik ASSB,dan pusat penyimpanan stok kereta berpusat akan dibina di Bukit Raja,Klang.Pusat tersebut akan mula beroperasi pada hujung tahun ini,di mana ia termasuk dengan trek ujian.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan