Tolong Click Ye... :)

Selasa, 26 April 2011

Proton Exora hibrid akan dipasarkan pada 2012?


Dikatakan,Proton mungkin akan memasarkan Proton Exora MPV versi hibrid pada tahun depan sekiranya tiada aral melintang.Berdasarkan laporan,Pengarah Urusannya,Datuk Seri Syed Zainal Abidin,model hybrid tersebut telah menjalani program ujian di United Kingdom yang mungkin mengambil masa 2 minggu.

Proton sedang menunggu kelulusan untuk memasarkan MPV hybrid ini setelah mendapat pengiktirafan akhir dari  Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).Ia mungkin akan dijual di Malaysia pada 2012.


Pembangunan Exora Hybrid ini bermula di UK pada 2009,dan pada November tahun lalu,ia juga dipertontonkan pada program 'Best Range Extender EV' pada Cabaran Kereta Masa Hadapan Kelab Automobil Diraja London.Mungkin ia akan dikomersialkan oleh Proton tahun depan.

Proton juga yakin dapat bertahan dalam pasaran kereta bebas,dan juga telah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pengliberalisasian pasaran automotif tempatan pada 2016.

'Kami telah berusaha untuk memasarkan kereta hybrid ini sekian lama,kata Syed Zainal.'Kami ada masa lima tahun lagi untuk memastikan kereta Proton terus dijual pada harga berpatutan dan lebih bermutu,'tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan