Tolong Click Ye... :)

Khamis, 7 April 2011

Volvo S60 baru dilancarkan di Malaysia


Volvo Car Malaysia semalam telah melancarkan generasi kedua S60,dilancarkan dalam dua varian,iaitu 2.0T5 dan 3.0T6 AWD

T6 AWD didatangkan dengan dengan enjin 3.0 liter 6-injap dengan enjin turbocharged  yang menawarkan 304 hp pada 5,400 rpm dan tork 440 Nm dari 2,100 hingga 4,200 rpm.Ia merupakan varian yang berkuasa yang dipacarkan dengan Instant Traction AWD dan disatukan dengan 6 kelajuan automatik Geartronic,dan prestasinya termasuklah 0-100kph masa biasa 6.5 saat dan 250 kph bagi kelajuan tertinggi.

Manakala bagi T5,ia memakai enjin 2.0 liter empat injap,yang dipacarkan juga dengan kotak gear Powershift enam kelajuan automatik.Ia juga menawarkan  304 hp pada 5,500 rpm dan tork 320Nm dari 1,800 hingga 5,000 rpm pada 0-100 kph setiap 7.5 saat.


Varian S60 T6 didatangkan dengan sistem chassis laras sendiri 4C (Continuously Controlled Chassis Concept) dengan tiga tetapan- Comfort untuk bersiar-siar,Sport untuk berlumba dan kegiatan sukan dan Advance untuk meningkatkan kelajuan.

Bagi S60 T5,ia mempunyai chasis Dynamic sebagai standard,tetapi kedua-dua varian mempunyai stering yang lebih berkuasa dari model terdahulu.

Sistem Dynamic Stability and Traction Control (DSTC) model ini pula sekarang menampilkan sistem stabiliti yang dipertingkatkan dari model terdahulu,dan Traction Torque Vection sebagai bahagiannya.

Bermakna,Traction Torque Vectoring mengimbangkan tork antara tayar hadapan sepanjang pemecutan ketika membelok-torknya diedarkan dari roda dalaman yang bergerak untuk mengurangkan geseran.

Sememangnya Volvo tidak berkompromi tentang soal keselamatan.Sebagai keselamatan,S60 mempunyai beberapa ciri keselamatan sedia ada dan dipertingkatkan seperti sistem pengesan pejalan kaki yang boleh mengelak dari terlanggar pejalan kaki dengan kelajuan minimum 35 kph.dengan brek auto sepenuhnya serta 6 beg udara keselamatan.

Selain itu,ia juga mempunyai Sistem informasi Titik Buta (BLIS) dan Amaran Perlanggaran dengan Brek Auto (CWAB) ,Kawalan Alert Pemandu (DAC) dan Kawalan Cruise Disesuaikan (ACC).

T6 mempunyai satu ciri keselamatan tambahan,Lane Departure Warning yang mengingatkan pemandu bahawa jika kereta memasuki garisan jalan raya,tanpa menggunakan indikator belokan.T5 didatangkan dengan rim aloi lima jejari Balder 17 inci,manakala T6 pula menggunakan rim aloi Sleipner 18-inci tujuh jejari.

Melalui S60 baru ini,anda akan melihat satu lagi ciri yang bernama Volvo Sensus,yang membolehkan kita mengetahui lebih lanjut tentang informasi kenderaan itu,tanpa melihat manual pengguna.Ia terdapat dalam sistem audio kenderaan tersebut,yang mempunyai skrin paparan berwarna 7-inci dengan sistem navigasi,dan lain-lain fungsi seperti konsol tengah yang mengakses pada kawalan roda stering.

Sistem audio T6 didatangkan dengan sistem Premium Sound,dengan amplifier digital kelas D 5X130 watt,sistem Dolby Digital dengan Dolby Pro Logic II Surround,audio MultiEQ dengan 12 pembesar suara.

Ia didatangkan dengan 15 pilihan warna,dengan gabungan 7 ciri kemasan dalaman kulit yang terdapat pada S60 T5 dan T6. S60 T5 didatangkan dengan harga RM288,000 manakala T6 pula berharga RM348,000 (harga atas jalan tanpa insurans).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan