Tolong Click Ye... :)

Khamis, 26 Mei 2011

Ismail Sabri:Tiada kenaikan RON95,diesel dan LPG masa ini











Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri berkata semalam bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON95,diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada masa ini.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sampai bila kerajaan akan mengekalkan harga yang sedia ada,lapor pemberita.

Bagaimanapun,dengan peruntukan subsidi minyak kerajaan meningkat RM18 bilion tahun ini,ia akan menjadi petunjuk kepada kenaikan minyak.Harga terkini RON95 adalah RM1.90 seliter,manakala RON97 pula RM2.90 seliter selepas perubahan harga RON97 baru-baru ini.Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa subsidi untuk kenderaan komersial akan tamat berkuatkuasa 1 Jun.

'Keputusan ini dilakukan kerana kerajaan lebih mengutamakan kebajikan rakyat.Tapi pada masa sama,kerajaan akan mengkaji semula rasional subsidi berdasarkan kepada kenaikan harga minyak mentah dan gas asli dunia,'kata Ismail.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan