Tolong Click Ye... :)

Rabu, 25 Mei 2011

Graduan UNiMAP tamatkan latihan kejuruteraan Digital,Facebook MyPerodua dilancar



Seramai 20 orang graduan dari Universiti Malaysia Perlis telah berjaya menamatkan program latihan Kejuruteraan Digital dan Prototaip,semalam.12 daripada mereka menjalani latihan di unit R&D Perodua,2 di Sipro Plastic Industries&Ingress Technologies,manakala 6 lagi di Sapura Industrial.Tiga syarikat tersebut adalah vendor bagi Perodua.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Mukhriz Mahathir telah merasmikan majlis tamat latihan itu dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.Mereka akan diberi kedudukan sementara dalam Perodua untuk tempoh setahun.

Program latihan Kejuruteraan Digital dan Prototaip (DEP) telah diasaskan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) yang merupakan pertubuhan tanpa berasaskan keuntungan yang diselia sepenuhnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.Program DEP yang dijalankan MAI menawarkan akses kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran tangan dan perisian yang canggih.Antara modul yang disediakan MAI termasuklah CAD (reka bentuk berasaskan komputer), CAM (pengilangan berasaskan komputer),CAE (kejuruteraan berasaskan komputer),CAPE (kejuruteraan pengeluaran berasaskan komputer) dan Pengurusan Jangkahayat Produk.

Digalakkan dengan kejayaan program latihan siri pertama,MAI bercadang untuk menambah jumlah penyertaan kepada 35 pelajar,yang dipilih berdasarkan markah CGPA dan temuduga dengan MAI dan eksekutif-eksekutif industri.Pada akan datang,MAI akan menjalinkan usahasama dengan UiTM untuk memperkenal reka bentuk dan gaya sebagai sebahagian daripada program,yang akan membantu melahirkan 4,600 pereka automotif baru dalam masa lima tahun,seperti yang disasarkan kerajaan.

 



Pada masa yang sama,Perodua juga melancarkan Laman Facebook MyPerodua yang disempurnakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir.Sebagai gimik pelancaran,Mukhriz telah mengklik pada butang 'Like' bagi melancarkannya.Laman FB MyPerodua yang menggunakan slogan 'Lagi Best' akan menganjurkan peraduan untuk mereka yang menyukai laman FB MyPerodua.Dipanggil 'The Perodua Auditions',yang mahu peminat menghantar satu video menarik yang membuktikan mereka sangat menyukai Perodua untuk memenangi hadiah utama wang tunai RM10,000 dan 5 buah iPad 2s.Pergi ke Laman Facebook MyPerodua untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan