Tolong Click Ye... :)

Khamis, 26 Mei 2011

Nissan Navara 4X4 King Cab dilancar-RM82,800


 
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini telah mengumumkan pelancaran model trak pikap Nissan Navara King Cab 4X4.Bentuk badan King Cab agak kerap ditemui di Thailand,namun ia merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia.

Varian King Cab mempunyai empat pintu,namun tidak seperti pikap Double Cab lain,pintu belakangnya yang pendek boleh dibuka sehingga 90 darjah,dan bukaan pintu hadapan dan belakangnya  kelihatan seperti kedua-dua pintu rumah dibuka.Tiada tiang yang terdapat pada tengah-tengah pintu tersebut.Ruang di belakang tempat duduk depan adalah untuk muatan,bukan untuk mengangkut penumpang kerana di ruang tersebut tiada tali pinggang keledar belakang.

Juga,dibandingkan dengan Navara Double Cab,kabin yang lebih pendek menjadikan King Cab mempunyai ruang kargo belakang yang lebih luas iaitu 1,840mm berbanding Double Cab biasa yang sepanjang 1,480mm.



Sama seperti Navara Double Cab 4X4 manual,varian King Cab dijana oleh enjin YD2525DDTi 2.5 liter dengan tork 174PS dan 403 Nm,dan bukannya enjin prestasi rendah 144PS/356 Nm dari Navara Calibre 4X2.Ia mempunyai gear manual 6-kelajuan.Ia juga mempunyai fungsi 'Shift On Fly' yang membenarkan penukaran mod dari 4WD ke 2WD.


Navara King Cab didatangkan dengan empat warna:Tungsten Silver,Brilliant White,Twilight Grey dan Supreme Black.Harganya ialah RM82,800 di atas jalan (dengan insurans) di Semenanjung Malaysia dengan jaminan 3 tahun atau 100,000km bagi pembeli pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan