
Perodua telah mengumumkan bahawa model generasi terbaru Myvi kini telahpun dibuka untuk tempahan bermula hari Sabtu,4 Jun ini.
Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Perodua dan bayaran deposit tempahan adalah serendah RM500.Apabila anda telah melakukan tempahan,anda akan menerima resit rasmi Perodua sebagai bukti tempahan.
Buat masa kini,tiada sebarang maklumat sahih mengenai tarikh pelancaran Myvi baru tersebut.Namun ia mungkin dilancarkan selewat-lewatnya Julai atau Ogos ini.Ia diramalkan berharga RM2-3 ribu lebih mahal daripada Myvi sedia ada yang telah diberhentikan pengeluarannya April lalu.Ia mungkin termasuk dengan varian baru 1.5 liter dan menggunakan hampir 90% komponen tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan