Tolong Click Ye... :)

Selasa, 17 Mei 2011

TPM: Subsidi tidak boleh kekal pada nilai sama


Awal bulan ini,harga petrol RON 97 telah naik sebanyak 20 sen kepada RM2.90 seliter.Ia sebenarnya merupakan kenaikan bulanan kali kelima sejak Disember 2010,tetapi ia langsung tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat Malaysia,yang masih menggunakan RON 95 yang berharga RM1.90 seliter.Tetapi bilakah harga petrol RON 95 akan berubah?

Mungkin bukan sekarang,namun pada masa depan mungkin terjadi.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pemberita bahawa jumlah subsidi petrol yang ditanggung kerajaan meningkat sekali ganda kepada RM20.58 bilion,dan negara mungkin tidak dapat mengekalkan kadar subsidi pada harga sekarang.Secara keseluruhan,sektor berkaitan petroleum,termasuk subsidi untuk petrol dan diesel RON 95,menjadikan jumlah subsidi sebanyak RM18 bilion.Tahun lalu,ia hanya berjumlah RM9.2 bilion.

'Ya,memang kerajaan masih mensubsidikannya (RON 95),namun kita tidak boleh mengekalkan subsidi pada kadar yang sama.Jadi,kami sedang berusaha mengurangkan kos subsidi seperti kenaikan harga gula.Kos subsidi juga meningkat sekali ganda dari RM10.32 bilion pada 2010 kepada RM20.58 bilion pada 2011.RM18 bilion adalah jumlah subsidi untuk sektor berkaitan petroleum,'katanya kepada pemberita.

'Kami tidak boleh jamin bahawa tiada kenaikan harga barang.Kami tidak boleh mengawal harga tetapi apabila kerajaan berusaha untuk mengurangkan beban rakyat,kami mungkin boleh melakukannya,'tambah beliau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan