Peraduan BHPetrol Infiniti Fever Frenzy II yang berlangsung selama empat bulan yang menawarkan ganjaran empat buah Proton Inspira 2.0 CVT,akhirnya sebuah daripadanya telah dimenangi-pemenangnya adalah Veenaigmoorthy Narasaman dari Puchong,Selangor.
Beliau yang berusia 45 tahun telah mula mengisi minyak BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95 sejak bermulanya peraduan ini pada 1 April lalu,dan menghantar lebih daripada 20 penyertaan dalam bulan tersebut.
'Saya adalah pengguna setia BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95,jadi apabila saya mengetahui tentang peraduan ini,saya cuba merebut peluang untuk menyertainya.Bukan hanya saya dapat merasai kehebatan bahan api yang hebat ini,tetapi juga saya dapat membawa pulang Proton Inspira,'katanya.
'Saya juga adalah peminat bahan api BHPetrol,dan saya telah menggunakannya selama bertahun.Sejak dari motosikal sehingga kereta ketiga saya,saya telah setia menggunakan bahan api BHPetrol,yang memberikan saya lebih prestasi dan penjimatan.Saya juga telah menjadi pengguna BHPetrol sejak ia ditubuhkan enam tahun lalu.Walaupun tiada peraduan sekalipun,saya tetap akan menggunakan BHPetrol setelah saya merasai kelainannya,'tambahnya lagi.
Selain memenangi Proton Inspira,Veenaigmoorthy juga menerima tambahan 50,000 mata ePoints kerana menjadi pemegang eCard BHPetrol.Beliau bukan sahaja pemenang pada bulan April,tetapi 30 pelanggan lain juga memenangi wang tunai RM1,000.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan