Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 24 Jun 2011

5 pembeli pertama Perodua Myvi terima kunci



Perodua Myvi baru telah menerima 12,000 tempahan sejak ia dilancarkan minggu lalu,dan seminggu selepas pelancarannya,lima orang pembeli pertamanya-Sivarajan Subramaniam,Mullai Arunasalam,Tan Soo Hong,Yusainianir Mohd Yassin dan Kok Zhien Wei telah menerima kunci serta kereta tersebut dalam satu majlis penyerahan kunci Myvi baru di Subang.

'Lima pembeli pertama adalah yang pertama dalam beribu yang menerima kereta baru ini dalam minggu ini dan kami tidak akan terleka dengan sambutan menggalakkan dari orang ramai,'kata Pengarah Urusan Perodua,Dato' Aminar Rashid Salleh.

Perodua juga berusaha untuk memastikan tiada sebarang kelewatan dalam penghantaran supaya pembeli dapat menerima kereta baru secepat mungkin.Sebelum ini,sewaktu pelancaran Myvi generasi pertama pada 2005,pembeli terpaksa menunggu enam hingga sembilan bulan.Pembeli yang telahpun menempah model tersebut akan memperolehinya selewat-lewatnya hujung bulan Julai ini.

Untuk pasaran eksport,Perodua telah bersiap sedia untuk mengeksport 500 buah Myvi baru ini ke Indonesia dengan menggunakan jenama Daihatsu Sirion bulan ini.'Secara puratanya,kami menyasarkan untuk memasarkan 350 buah model ini sebulan ke Indonesia dalam tempoh 12 bulan,'Aminar menambah.Perodua juga akan mengintai peluang untuk memasarkan Myvi baru ke lima daripada tujuh pasaran eksportnya-Sri Lanka,Singapura,Mauritius,Nepal dan Fiji.

Bagi pasaran domestik pula,Perodua menyasarkan dapat mencapai sasaran jualan 195,000 unit kereta sepanjang tahun ini dengan dibantu model baru ini.Mungkin jumlah pengeluaran kereta Perodua yang ke 2,000,000 akan dapat dicapai suku ke-4 tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan