Tolong Click Ye... :)

Rabu, 22 Jun 2011

Kia Sportage 2011 dilancar di Malaysia:RM138,888



Naza Kia Malaysia telah melancarkan model generasi ketiga Kia Sportage di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang semalam.Berharga RM138,888 termasuk insurans,Sportage mungkin bersedia untuk bersaing dengan pesaingnya yang lain seperti Honda CRV,Hyundai Tucson dan Nissan X-Trail dalam segmen SUV kompak berharga sederhana.

Model terbaru Kia Sportage ini direka oleh Peter Schreyer,bekas jurutera Audi yang telah banyak menampilkan rekabentuk dan gaya Eropah pada kenderaan Kia.Ia juga dikatakan berkongsi platform yang sama dengan Hyundai Tucson.

Model ini lebih lebar,panjang dan rendah berbanding model sebelumnya,menampilkan reka bentuk asas gril radiator Kia,dan roda aloi 18 inci serta tayar jenis 235/55 untuk lebih cengkaman dan keselesaan memandu.Selain itu,Sportage baru ini juga menampilkan ciri tahap tinggi dari segi prestasi,keselesaan dan kemudahan.

Sportage baru ini dikuasakan dengan enjin petrol Theta II 2.0 liter dengan Dual CVVT (Pemasa Enjin Bolehubah Berterusan) serta mempunyai transmisi automatik 6 kelajuan dan menghasilkan tork 166 PS dan 197 Nm.Selain itu,ia juga mempunyai Sistem Pengambilan Bolehubah yang bergerak jauh dengan kurang RPM,dan bergerak dekat dengan RPM yang tinggi untuk melancarkan pengaliran udara.
 
Ia menggunakan sistem pacuan seluruh roda (AWD) yang secara berterusan memantau keadaan pemanduan dan menyalurkan keperluan sistem AWD-pada keadaan pemanduan biasa,sistem AWD ini menyalurkan 100% tork enjin pada roda hadapan bagi melancarkan pengaliran bahan api sekaligus menjimatkan minyak.Namun,apabila gelinciran dikesan,baki tork yang ada akan menyalurkannya pula pada roda belakang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan