Tolong Click Ye... :)

Khamis, 9 Jun 2011

Peugeot 'Blue Box' Melaka dirasmikan,7 lagi pusat 3S Peugeot akan dibuka



Nasim Sdn.Bhd.,pengedar Peugeot di Malaysia,telah merasmikan cawangan bilik pameran 'Blue Box' terbarunya di Melaka.Cawangan terbaru ini dimiliki dan diuruskan oleh Sing Kwung Premium Sdn.Bhd dan terletak di Kawasan Perindustrian Malim Jaya.

Selain perkhidmatan asas seperti penukaran minyak,penukaran dan keseimbangan tayar,perkhidmatan lain seperti pemeriksaan kenderaan,penggantian cermin kereta serta baik pulih dan mengecat kereta juga disediakan.Sama seperti Blue Box yang lain,ia juga dilengkapi dengan alatan Sistem Diagnostik Peugeot serta 3 ruangan servis kereta yang boleh mengendalikan 10 kenderaan sehari.

Nasim sebenarnya mempunyai satu lagi rancangan 'mega' iaitu mahu membuka 7 lagi Blue Box terbaru tahun ini.Lokasi yang sedang dirancang ialah di Kota Kinabalu,Kota Bahru,Balakong,Sungai Petani,Kuantan,Kepong dan Seremban.Buat masa kini,terdapat 26 cawangan Blue Box di seluruh Malaysia.

Dato' Samson Anand George,Ketua Pegawai Operasi Nasim,berkata Nasim akan memindahkan Blue Boxnya di Glenmarie,ke cawangan yang lebih besar,juga di Glenmarie.Ia merupakan salah satu pendekatan Nasim untuk meningkatkan jualan Peugeot.

Nasim menyasarkan mahu menjual lebih 7,000 buah Peugeot tahun ini.Dalam lima bulan pertama (Jan-Mei),Nasim telah berjaya menjual sebanyak 2,615 unit Peugeot,meningkat mendadak sehingga 152% berbanding dalam tempoh lima bulan pertama tahun lepas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan