Tolong Click Ye... :)

Isnin, 13 Jun 2011

Wajah baru Grand Livina dilancar di Malaysia



Nissan Grand Livina berwajah baru merupakan kejayaan terbesar Edaran Tan Chong Motor (ETCM).Sejak model Grand Livina dilancar di Malaysia pada Disember 2007,MPV 3-baris tempat duduk itu telah berjaya dijual sebanyak 43,300 buah.Ia sebagai petanda bahawa ia berjaya mengatasi Toyota Avanza sebagai MPV paling mampu milik.Grand Livina baru ini nampak seperti tiada perubahan daripada yang terdahulu,cuma jeriji radiator depan sahaja yang berubah.

Grand Livina terbaru ini juga didatangkan dengan jeriji hadapan yang baru.Bagi varian 1.6,jerijinya berwarna kelabu manakala 1.8 pula berwarna krom.Selain itu lampu penunjuk arah LED pada cermin sisinya juga terdapat dalam Grand Livina terbaru ini.


Gambar di atas merupakan papan pemuka hadapan Grand Livina terbaru yang menggunakan kemasan dalam gelap berbanding papan pemuka Grand Livina terdahulu (gambar bawah) yang menggunakan warna cerah beige.

Varian tertinggi 1.8 mempunyai input AUX,serta kemasan kayu dan kemasan perak bagi 1.6,dan jika anda mahukan kemasan kulit coklat seperti dalam gambar di atas,anda perlu menambah lagi RM2,000 untuk semua varian.Varian 1.6 mempunyai tempat duduk fabrik hitam,manakala 1.8 pula tempat duduk kulit warna hitam.

Tiada yang berubah dari segi prestasi.Grand Livina diperkasakan dengan HR16DE 1.6 liter (105PS pada 5,200 rpm,150 Nm pada 4,400 rpm) dan 1.8 liter MR18DE dengan CVTC (126 PS pada 5,200 rpm,174Nm pada 4,800 rpm) Ia bertransmisi auto 4-kelajuan,serta terdapat pilihan manual 5-kelajuan bagi varian 1.6 liter.Harga runcit bagi Grand Livina terbaru ini (termasuk insurans) ialah RM86,800 bagi 1.6 manual,RM89,800 bagi 1.6 auto dan RM98,800 bagi 1.8 auto.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan