Tolong Click Ye... :)

Khamis, 30 Jun 2011

Toyota Vios 1.5G Limited dilancar,varian TRD Sportivo dinaiktaraf



UMW Toyota Motor semalam telah melancarkan varian dipertingkatkan Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G Limited,iaitu varian terbaru bagi model kereta bukan nasional terlaris ini.Kini,Vios telah mempunyai 6 varian iaitu 1.5J manual dan auto,1.5E,1.5G,1.5G Limited dan 1.5 TRD Sportivo.
P1030024b
P1030013b
Varian 1.5G Limited berada betul-betul di antara 1.5G dan TRD Sportivo.Ia menampilkan gril radiator hadapan diperkemaskan yang juga terdapat pada varian Vios yang lain,kecuali varian TRD Sportivo yang didatangkan dengan gril radiator berongga sarang lebah dan logo TRD Sportivo.

Kedua varian baru Vios tersebut mempunyai 'aerokit' yang membezakannya dengan varian terendah-spoiler depan dan belakang,spoiler belakang dan skirting tepi,namun varian G Limited menampilkan reka bentuk baru bagi aerokitnya.

Ia juga mempunyai rim aloi 15-inci dengan tayar 185/60,namun roda aloi 12 jejari G Limited berwarna perak gelap serta TRD Sportivo pula mempunyai rim aloi TRD 7 jejari berwarna gangsa (sebelum ini berwarna perak gelap).Rim aloi bagi G Limited juga terdapat pada G standard,tetapi varian standardnya berwarna perak gelap.

Varian G Limited didatangkan dengan warna badan ungu 'Deep Amethyst Mica Metallic' yang merupakan warna terbaru yang menggantikan warna kelabu Mica metalik.Warna-warna Vios yang lain seperti perak metalik,hitam arang batu,putih dan perak metalik medium juga terdapat.

Kedua-duanya didatangkan dengan kemasan dan tempat duduk kulit.Kabin G Limited berwarna beige terang
yang mengekalkan kemewahannya.Manakala TRD Sportivo pula mempunyai kemasan kulit hitam dengan jaluran merah,untuk memberikan rasa sport.

Pembeli yang mahukan pengendalian terbaik boleh mendapatkan kit suspensi TRD Sportivo sebagai opsyen untuk semua varian,Kit tersebut termasuk spring lingkaran dan penyerap gegaran dan ditala oleh TRD Asia.Ketinggiannya juga dikurangkan sebanyak 10mm.

Harganya pula dengan termasuk insurans,bagi G Limited (RM89,600) RM2,300 lebih dari G.Varian TRD Sportivo pula masih berharga RM92,000,masih tidak berubah walaupun ditambah kerusi kulit.Selain itu,ia juga didatangkan dengan jaminan 3 tahun/100,000km dan lingkungan servis 10,000km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan