Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 2 Julai 2011

Kenderaan polis konsep Chevrolet Cruze dan Captiva diserah untuk penilaian



Pengedar Chevrolet di Malaysia,Naza Quest telah menyerahkan lebih tiga unit kenderaan konsep polis untuk penilaian awal minggu ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Pameran dan Persidangan Ketua Polis dan Peralatan Khas ke-2 (GPEC ASIA 2011) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tiga unit kenderaan polis tersebut terdiri daripada dua unit Captiva dan seunit Cruze.'Mungkin model ini akan menarik minat PDRM untuk menggunakannya,'kata Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin,Pengerusi bersama Naza Group.

Naza Quest juga menyediakan 60 unit Captiva untuk kegunaan rasmi VIP,tetamu,dan delegasi antarabangsa dalam acara tersebut.GPEC ASIA 2011 menampilkan persidangan yang menarik,pameran dan perkhidmatan dari pempamer dari 11 buah negara,termasuk servis C41,penyelidikan IT forensik,penyiasatan jenayah,teknologi kenderaan,kawalan trafik dan kelengkapan keselamatan jalan raya teknologi pasukan petugas,perisai tubuh,perlindungan balistik,dan senjata pertahanan diri,pertolongan cemas dan dan kelengkapan penyelamat.

Menteri,Ketua Polis,Ahli Parlimen dan pegawai undang-undang di antara yang dijangka akan menghadiri pameran perdagangan ini di mana ia eksklusif untuk pegawai penguasa yang berkaitan dengan kelengkapan polis,selain teknologi keselamatan dan perkhidmatan.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan