Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 9 Julai 2011

Inokom i10 serba baru dilancar di Malaysia:RM47,988 hingga RM53,988


Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telahpun melancarkan model wajah baru bagi Inokom i10 ke Malaysia.Model i10 serba baru ini juga didatangkan dengan enjin yang lebih bermutu,iaitu 1.25 liter Kappa.Ia didatangkan dengan tiga varian,1.1L, 1.25 Standard dan 1.25 Full Spec,masing-masing berharga RM47,988,RM50,688 dan RM53,988.

Enjin 1.25 liter Kappa-nya juga telah dipertingkatkan dengan ditambah sistem Pemasa Injap Bolehubah Berterusan (CVVT) dengan tork 86hp dan 120Nm berbanding i10 sebelum ini yang tiada enjin CVVT dengan tork hanya 79hp dan 112Nm.Penggunaan bahan apinya pula ialah 5.3 liter bagi 100km.

Kesemua varian didatangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan.i10 baru ini menggunakan sistem Kuasa Panduan Motor Hyundai (MDPH) dan Stering Kuasa Elektrik (EPS) untuk memaksimumkan penjimatan bahan api.

Selain reka bentuk jeriji radiator hadapan gaya baru 'Trapezoid',i10 juga menampilkan reka bentuk spoiler belakang serba baru dan bumper belakangnya pula mempunyai lampu pemantul cahaya.Varian 1.25 liter didatangkan dengan cermin pandang sisi baru dengan lampu penunjuk LED serta reka bentuk roda aloinya yang baru.

Panel meternya pula kini menggunakan cahaya berwarna biru berbanding model sebelum ini yang berwarna hijau dengan paparan meter digital sebagai tambahan.Ia juga memaparkan tolok bahan api dan kedudukan gear yang tidak tersedia pada model sebelum ini.Selain itu,ia juga mempunyai sistem audio MP3,input AUX,USB,dan kawalan jauh untuk mengawal sistem audionya.Sistem yang diekslusifkan untuk 1.25 Full Spec ialah ABS,EBD,beg udara berkembar hadapan dan lampu kabus.
 
Model i10 Kappa 1.25 liter didatangkan dengan empat warna-Alpine Blue (biru),Ice Silver (perak),Crystal White (putih) dan Oyster Grey (kelabu).1.1 juga didatangkan dengan warna yang sama,kecuali Oyster Grey,dengan tambahan warna Stone Black (hitam) dan Champagne Gold (emas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan