Tolong Click Ye... :)

Selasa, 5 Julai 2011

Lebih banyak MPV Nissan ke Malaysia



Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd,pengedar tunggal jenama kenderaan Nissan di Malaysia merancang untuk membawa lebih banyak MPV dalam segmen mewah dan murah dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengarah Eksekutif ETCM,Dato' Dr.Ang Bon Beng berkata,ia bertujuan untuk melengkapi segmen MPV pertengahan,Nissan Grand Livina yang berada di pasaran sejak 2007 lalu.Segmen MPV mempunyai prospek cerah untuk berkembang dalam tempoh sedekad lagi.

'Trend masyarakat Malaysia adalah memiliki lima hingga enam orang keluarga ditambah pula dengan sikap ramah dan mesra dengan keluarga membuatkan mereka sering ke sana ke mari dengan membawa sekali pembantu rumah bersama.'kata Bon Beng.

Tambah Bon Beng lagi,model MPV murah berharga lingkungan RM50,000 manakala bagi MPV mewah pula ialah RM220,000.Setakat ini,model MPV Grand Livina merupakan penyumbang terbesar kepada jualan syarikat sekaligus menguasai 43.5% pasaran bagi kenderaan bukan buatan tempatan.

Katanya lagi,dengan membawa model-model baru yang bakal melengkapi segmen MPV,Nissan dijangka mampu meningkatkan penguasaan pasaran tempatan terutama untuk kereta import.ETCM juga akan membawa beberapa sedan baru setelah model sedan sedia ada seperti Nissan Sylphy yang menjadi model sedan import terlaris.

Ia merupakan salah satu perancangan pemasaran agresif ETCM sejajar dengan pelan pemasaran jangka pendek syarikat tersebut yang dikenali sebagai 'Nissan Power 88'.Pelan perniagaan jangka pendek itu dilancarkan di seluruh dunia pada 27 Jun lalu dengan matlamat untuk memiliki lapan peratus penguasaan pasaran global dan keuntungan operasi.

Selain itu,ETCM juga mahu menguji pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan membawa model hybrid elektrik yang memenangi anugerah global,Nissan Leaf ke Malaysia.Model tersebut telah mendapat sambutan hangat di negara Afrika,Eropah,Amerika dan Jepun.

'Kenderaan hybrid dan EV masih baru di Malaysia tetapi berikutan kesedaran orang ramai mengenai alam sekitar yang semakin meningkat,tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun lagi,kereta ini akan menjadi pilihan rakyat tempatan.Ditambah pula dengan pelbagai insentif yang diberikan kerajaan terhadap model tersebut dan pada masa sama mendidik rakyat mengenainya,'kata Bon Beng lagi.

Namun menurut Bon Beng,kerajaan juga perlu melakukan sesuatu untuk menyokong penggunaan kereta hybrid dan EV iaitu dengan membina stesen-stesen untuk mengecas kenderaan tersebut,pusat servis khas dan sebagainya.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan