Tolong Click Ye... :)

Selasa, 26 Julai 2011

Nasim buka cawangan Peugeot ke-20 di Kota Bahru


Nasim telah melancarkan bilik pameran Blue Box Peugeot yang ke 20nya di Kota Bahru,Kelantan selepas hampir seminggu pembukaan Blue Box ke-19 di Balakong.Pelancaran ini menandakan jenama Peugeot telah kembali semula di Kelantan selepas wakil penjualnya sebelum ini ditutup pada akhir 2008.

Ketua Pegawai Operasi Nasim,Datuk Samson Anand George berkata,pelancaran Peugeot Blue Box Kota Bahru adalah salah satu daripada fasa pertama perancangan Nasim untuk mengembangkan operasinya di seluruh negara,mungkin selepas suku berikutnya tahun ini,5 lagi bilik pameran Nasim akan dibuka.Selepas ia berjaya dicapai,Nasim telah mempunyai 25 Blue Box di seluruh negara.

Peugeot Kota Bahru dimiliki dan dikendalikan oleh Milenia Murni,dan syarikat tersebut beroperasi di bilik pameran sementara di Jalan Sultan Yahya Petra dan pusat alat ganti di Jalan Long Yunus.Pada September ini,Milenia Murni akan memulakan pembinaan pusat 3S Peugeot di Jalan Sultan Yahya Petra yang bakal dijadikan Peugeot Blue Box Kota Bahru apabila ia mula beroperasi pada Februari 2012. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan