Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 30 Julai 2011

Volvo S60 CKD diumum-RM220k T4,RM255k T5


Volvo Cars Malaysia mengumumkan akan melancarkan model pemasangan tempatan (CKD) bagi model terbaru S60.Model baru itu dipasang di kilang Volvo di Shah Alam,Selangor.

Model CKD tersebut akan didatangkan dengan dua varian:T4 dan T5.Varian T5 menggunakan enjin 1.6 liter 4-injap suntikan terus turbocharged yang menghasilkan 180hp dan tork 270Nm,dengan kotak gear Powershift 6-kelajuan.Penggunaan minyaknya ialah hanya 7 liter bagi setiap 100km.Anggaran harganya ialah sekitar RM220,000.

Dengan hanya RM255,000,anda boleh mendapatkan model CKD S60 T5 (berbanding RM288,000 untuk model CBU) dikuasakan dengan enjin 2.0 liter turbocharged suntikan terus 4-injap dengan kotak gear Powershift 6-kelajuan.Ia menghasilkan tork 320Nm dan 240hp.Ia juga didatangkan dengan sistem pengesan pejalan kaki yang akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat pejalan kaki dihadapan sewaktu kereta sedang bergerak.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan