Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 22 April 2011

Laluan KL-Kuala Selangor akan siap pertengahan tahun


Pada pertengahan tahun ini,Lebuhraya KL-Kuala Selangor akan dibuka bermula dari Taman Templer di Kuala Lumpur hingga ke pusat bandar Ijok di Kuala Selangor.

Laluan berkembar sepanjang 33km tersebut,dikenali sebagai LATAR Expressway,akan menjadi lebuh raya alternatif yang menempatkan Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor (Jalan Persekutuan 54) yang dibuka untuk servis,dan juga menghubungkan beberapa bandar seperti Kuala Selangor,Assam Jawa,Ijok,Batang Berjuntai,Kota Puteri,Puncak Alam,Shah Alam,Bukit Jelutong,Sungai Buloh,Kundang,Rawang dan Selayang.

Dengan masa perjalanan 18 minit,lebuh raya ini mempunyai empat persimpangan dan tiga plaza tol serta tiga pusat Rehat dan Rawat (R&R).Empat persimpangan ini juga menyediakan akses mudah kepada Lebuhraya Guthrie,Lebuhraya Utara Selatan PLUS dan Lebuhraya Pantai Barat.

Lebuhraya ini merupakan sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) yang bermula dari persimpangan Taman Templer 1 (KL-Rawang) sehingga Lebuhraya Koridor Guthrie.KLORR ialah lebuhraya lingkaran dengan kawasan Lembah Klang yang menjadi susuran alternatif kepada Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR).

Pada masa kini,bahagian-bahagian KLORR termasuk Lingkaran Koridor Guthrie,Lebuhraya Elite dari Bukit Jelutong,Shah Alam hingga Saujana Putra dan juga Lebuhraya Lembah Klang Selatan dari Saujana Putra ke Kajang.Sebagai tambahan,KLORR menghubungkan Kajang hingga Hulu Langat melalui Lebuhraya SILK.Dengan adanya LATAR Expressway,ia telah membentuk 75% dari rangkaian KLORR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan