Tolong Click Ye... :)

Isnin, 18 April 2011

Kereta hibrid jadi kereta lumba

Memang pelik tapi itulah kenyataannya.Kereta berenjin hibrid 'mesra alam' tersebut telah dijadikan sebagai 'kereta lumba yang mesra alam'

Kereta hibrid jenis Nissan LEAF itu telah diubahsuai dan telah ditukar namanya kepada 'Nissan Leaf Nismo RC' dan menjadi model terhangat di Pameran Auto Antarabangsa New York 2011.Perkataan RC bermaksud 'Racing Competition'.Ia menjadi bahan pameran yang mengejutkan pada pameran tersebut ketika Nissan cuba meneroka peluang untuk bersaing dalam segmen hibrid.

Badan kereta lumba hibrid tersebut dibuat daripada fiber karbon penuh.Ia mempunyai tiga bahagian badan yang utama,iaitu bahagian depan dan belakang mudah alih,tingkap kuasa,lampu belakang dan depan LED,dan sayap belakang yang boleh dilaras pemandu.Nissan LEAF biasa mempunyai empat pintu sedangkan model ini mempunyai dua pintu.

Dari segi saiz,kereta lumba tersebut mempunyai ukur lilit roda sport 9.9cm,2cm lebih lebar dan 17cm lebih panjang dari LEAF biasa.Ia juga hanya serendah 6.1cm daripada jalan raya berbanding 16cm bagi kereta biasa.Manakala ia lebih ringan dari LEAF biasa,iaitu hanya 938kg saja.

Kereta ini juga tidak mempunyai tempat duduk belakang,bonet,sistem audio,karpet dan sistem navigasi,tetapi ia mempunyai bekas bateri,motor elektrik dan penyongsang udara di belakang kerusi depan.Seperti LEAF di jalan raya,ia juga mempunyai bateri lithium-ion dengan 48 modul kompak serta motor kuasa 80KW-AC yang menjana 107hp dan 280nm.

Baterinya boleh dicaj sehingga kapasiti 80% dalam masa 30 minit dengan menggunakan port pengecas yang terdapat pada belakangnya.Tidak seperti kereta lumba lain,ia tidak mempunyai ekzos,tiada kepulan asap dikeluarkan serta tidak berbunyi.

Motor berkuasa tersebut menggerakkan roda belakangnya.RC juga mempunyai suspensi dual dan keseimbangan brek boleh laras.Ia menggunakan tayar 18 inci dengan rim 6 jejari dan tayar kereta lumba Bridgestone P225/40R18.Ketika diuji,ia dapat meluncur pada 0-100 km/j dalam 6.8 saat dengan kelajuan maksimumnya 150 km/jam.Nissan berkata,ia boleh meluncur selama 20 minit dalam situasi perlumbaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan