Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 16 April 2011

Tan Chong mengadakan kempen servis Latio&Grand Livina


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pemegang francais Nissan di Malaysia,telah mengadakan satu kempen servis khas untuk 32,100 unit model Grand Livina yang dikeluarkan dari Disember 2007 hingga Jun 2010 serta 9,300 unit model Latio dan Latio Sport yang dikeluarkan dari Mei 2007 hingga Jun 2010.

Servis ini diadakan kerana kedua-dua model tersebut mempunyai beberapa masalah teknikal,antaranya meter aras minyaknya tidak menunjukkan bacaan yang betul terutamanya di bahagian aras minyak terendah yang menunjukkan minyak sentiasa ada.Ia disebabkan oleh perpindahan elektrokimia dalam kad perintang yang menerima kesan daripada gabungan aspek alam sekitar,variasi minyak dan sebagainya.

Para pemilik model Grand Livina,Latio dan Latio Sport boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1-800-88-3838 atau mengunjungi Pusat Servis Tan Chong Service Express Auto berdekatan untuk membuat temujanji servis.Tidak semua kenderaan yang terlibat,namun jika ada,sila hubungi ETCM segera.

'Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.Kami mengadakan kempen servis ini untuk melindungi kesemua kenderaan tersebut dari menerima kesan tersebut walaupun bukan kesemuanya.Semua kerja-kerja pembaik-pulihan serta alat ganti adalah percuma,tanpa sebarang bayaran,'kata Pengarah Eksekutif ETCM,Dato'Dr.Ang Bon Beng.

Maka,bagi mengelakkan sebarang masalah minyak,ETCM menasihatkan pemilik ketiga model tersebut supaya sentiasa mengekalkan paras minyak pada 'separuh tangki atau lebih' bergantung pada keadaan  bahagian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan