Tolong Click Ye... :)

Sabtu, 23 April 2011

Toyota mungkin kurangkan sementara pengeluaran di Malaysia



UMW Toyota Motor,pengedar kereta Toyota di Malaysia,memaklumkan bahawa berlaku sedikit masalah dalam penerimaan komponen dari Jepun,oleh kerana bencana tsunami dan gempa bumi di sana,oleh itu pengeluaran Toyota mungkin dikurang sementara dari 25 April hingga 3 Jun.

Pengurangan tersebut merangkumi pemotongan kerja lebih masa serta masa kerja dikurangkan kepada satu shif sahaja sehari bermula 25 April.Pada 6 Jun,pelan pengeluaran baru akan dibuat,termasuklah pemulihan dalam pembekalan komponen.

UMW Toyota bagaimanapun akan berusaha mengatasi masalah ini sebaik mungkin.Ia juga akan memantau dengan sebaiknya keadaan bekalan komponen dari Jepun dan akan memberi perkembangan terbaru tentangnya dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan