Tolong Click Ye... :)

Selasa, 26 April 2011

Saman trafik : Polis tidak lagi akan menyorok


Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Khalid Abu Bakar berkata,polis tidak akan lagi menggunakan pendekatan menyorok atau bersembunyi ketika mengadakan operasi mengesan pesalah trafik.

Sebaliknya,beliau berkata,anggota polis akan lebih banyak menonjolkan diri serta mengeluarkan saman secara bersemuka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun,beliau menegaskan bahawa saman ekor dan operasi trafik tetap akan diadakan bagi mengesan
pesalah-pesalah trafik.

Menurutnya,melalui pendekatan itu,semua pengguna jalan raya akan dimaklumkan mengenai kewujudan sekatan dan operasi di hadapan mereka menerusi papan tanda elektronik dan sebagainya.

'Ini bermakna setiap operasi (sekatan) dijalankan,pengguna akan tahu dan jika masih berdegil,mereka akan disaman.Polis juga tidak akan lagi bersembunyi di sebalik pokok dan tiang lampu,kita akan terus saman dan apabila disaman,jangan lupa bayar.

'Untuk itu,polis akan menggunakan kemudahan teknologi canggih untuk mengesan mereka (pesalah trafik) seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya,'katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan