Tolong Click Ye... :)

Rabu, 25 Mei 2011

1.5G Limited-Varian keenam Vios







Ada sesuatu perubahan pada Toyota Vios.Laman web UMW Toyota telah memaparkan bayangan bagi model Vios edisi terhad-Vios 1.5G Limited-apabila ia dilancar-ia akan menjadikan varian Vios akan menjadi enam kesemuanya.

Tiada imej sebenar bagi model ini,cuma lakaran yang hanya dapat anda bayangkan bentuknya.Harganya telah ditetapkan-RM89,600 di atas jalan raya termasuk insurans.Varian 1.5G Limited hanya berada di belakang varian TRD Sportivo-bersama dengan varian standard 1.5G,cuma varian edisi terhad ini RM2,300 lebih mahal daripada varian standard.

Tiada perubahan dari segi mekanikalnya,mengikut helaian spesifikasi,cuma ia mempunyai badan aerokit,yang terdapat pada bumper hadapan dan belakang,spoiler serta bumper sisi,sama seperti jeriji radiatornya yang unik.

Model ini mempunyai sedikit kelebihan dari varian standard 1.5G,ia mempunyai konsol simpanan tengah disalut perak dan juga kemasan kulit gabungan warna beige (kuning air) untuk tempat duduk.

Info bayangan di dalam laman web tersebut mungkin memberi klu bahawa model Vios TRD Sportivo juga akan diberi perubahan.'Perubahan ini akan menyebabkan jantung kita berdegup kencang menanti pelancaran model Vios ini nanti'.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan