
Berita baik untuk pengguna Peugeot-Nasim akan melanjutkan lagi kempen servis bagi kenderaan Peugeot dari 27 Mei hingga 26 Jun 2011 serta beberapa pusat servis Peugeot terpilih akan ditambah waktu operasinya pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh tersebut.
Untuk hari Jumaat dan Sabtu,pusat servis Peugeot akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 8 malam,manakala pada hari Ahad pula 8.30 pagi hingga 7.00 malam.Inisiatif tersebut,yang dijalankan pada musim cuti sekolah,dapat memudahkan pengguna kenderaan Peugeot untuk mempunyai masa fleksibel bagi menghantar kereta mereka ke pusat servis.
Kempen servis yang dilanjutkan itu hanya untuk servis standard sahaja-semua pelanggan yang menghantar kereta mereka sepanjang tempoh itu serta penukaran minyak akan mendapat hadiah misteri,manakala yang membelanjakan RM100 keatas akan menerima payung edisi terhad Peugeot Racing.
Outlet-outlet yang mengambil bahagian ialah Nasim Bluebox Glenmarie,KS Peugeot Blue Box,Nasim Ampang,Nasim Puchong,NZ Wheels,Nasim Juru AutoCity,Nasim Ipoh,Chin Cars 3S Centre,Nasim Plentong,Ang Leng Motor Trading,KS Kemaman dan Nasim Kuching.
Pada perkembangan lain,hasil daripada sokongan menggalakkan terhadap seminar 'Discover Peugeot 3008' yang diadakan di Subang Mac lalu,Nasim menganjurkan 'Hari Pelanggan Peugeot' di Ipoh pada 22 Mei lalu.Acara di Ipoh setelah inisiatif lepas jualan dimulakan Nasim,yang bertujuan untuk mendidik pelanggan untuk memahami tentang cara penjagaan kereta dan tips penyelenggaraan kereta.
Seminar yang berlangsung selama dua jam itu di Ipoh,yang telah menarik penyertaan 50 pelanggan Peugeot yang berlangsung di Blue Box Ipoh,termasuk sesi praktikal dimana pengguna akan ditunjukkan cara betul menukar tayar,menghidupkan bateri dan cara memprogram semula kunci elektronik Peugeot,dan lain-lain lagi.Pengguna Peugeot juga berpeluang menjadi ahli kad 'Peugeot Privileges'di mana pengguna juga dapat memperoleh pelbagai ganjaran istimewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan