Tolong Click Ye... :)

Selasa, 24 Mei 2011

Pengeluaran UMW Toyota pulih seperti sediakala,kembali pada 2 shif kerja



UMW Toyota Motor mengumumkan,pengeluaran kereta keluaran Toyota di kilang Assembly Services Sdn.Bhd (ASSB) akan kembali kepada 2 shif pengeluaran bermula semalam (23 Mei) kerana bekalan komponen kereta dari Jepun kini kembali stabil selepas berlakunya gangguan yang disebabkan oleh bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun pada Mac lalu.ASSB mengeluarkan model Toyota seperti Vios,Hiace,Innova,Hilux dan Fortuner.

Presidennya,Ismet Suki berkata,'Kami merasa senang dengan usaha gigih yang dilakukan 'master' kami,Toyota Motor Corporation dan rakan kami yang berkaitan termasuk pembekal kami,kami dapat meneruskan semula pengeluaran lebih cepat daripada jangkaan,'kata Ismet.

'Komitmen kami kepada pelanggan tetap menjadi keutamaan kami.Kami akan terus berusaha untuk menghantar kenderaan kepada pelanggan dalam waktu lebih cepat.Kami menghargai kesabaran yang diberikan oleh pelanggan kami dan rakan perniagaan kami dalam kami menghadapi situasi sukar sebegini.Kami akan memberi informasi terkini kepada pelanggan mengenai status pengeluaran kami secara peribadi,'tambah Ismet lagi.

Keputusan ini dibuat selepas kilang Toyota di Thailand telah meneruskan semula pengeluaran dalam 2 shif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan