Tolong Click Ye... :)

Jumaat, 20 Mei 2011

Peugeot RCZ dilancar: RM219k auto 200hp,RM223k manual 156hp


Nasim telahpun melancarkan model coupe Peugeot RCZ di Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur,semalam.Model coupe 2+2 tersebut didatangkan dengan 2 varian: varian 156 hp/240 Nm 6 kelajuan automatik dan 200hp/275Nm 6 kelajuan manual.

Model tersebut didatangkan dengan enjin turbocharged dan suntikan terus 1.6 liter,serta unit 200hp standard VVT.

Model manual,di mana ia menghasilkan tork 250 Nm dan 1,700 rpm,serta kelajuan 0-100 km/jam dalam 7.5 saat.Model auto 156 hp pula menghasilkan kelajuan sama dalam 8.4 saat.Kelajuan tertinggi bagi varian manual ialah 237 km/jam bagi manual dan 213 km/jam bagi auto.

Ciri-ciri bagi model coupe buatan Austria ini ialah lampu xenon Dynamic,sayap belakang Dynamic,rim aloi 19 inci,lampu hadapan auto,wiper,kemasan kulit Nappa (termasuk papan pemuka hadapan) tempat duduk elektrik dengan kerusi memori untuk pemandu,dan enam pembesar suara JBL 240 amp.

Varian manual ditambah dengan beberapa ciri tambahan,iaitu roda stering yang lebih kecil,skrin paparan yang lebih besar,dan cakera brek lebih besar iaitu 340mm (asal 302mm),serta bar pelanggaran lebih rendah.

Ia didatangkan dengan dua pilihan warna-Pearlescent White (putih) dan Haria Grey (kelabu).RCZ dijual pada harga RM218,888 bagi varian automatik 200 hp dan RM223,888 bagi varian manual 156hp (OTR dengan insurans) Model tersebut akan dipamerkan di BSC sepanjang minggu ini,jadi datanglah ke sini untuk melihatnya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan