Semalam,bertempat di Pavillion KL,Land Rover Malaysia telah melancarkan kempen pra-pelancaran model terbaharu Land Rover iaitu sebuah SUV kompak Land Rover Evoque.Akan dilancar suku keempat tahun ini,Produk terbaru Land Rover ini dianggarkan berharga antara RM300 ribu dan RM400 ribu.
Mula dipamerkan pada Pameran Motor Paris tahun lalu,SUV kompak 'berjiwa' coupe 3-pintu itu juga turut diperkenalkan dalam varian lain-versi 5-pintu yang dipamerkan di Pameran Motor Los Angeles.Ia didatangkan dengan dua varian enjin yang boleh dipilih-enjin petrol turbocharged 2.0 liter 240 bhp Si4 dengan suntikan terus bahan api dan VVT berkembar,atau varian SD4 2.2L enjin diesel dengan 190 PS dan 420 Nm.Enjin SD4 ada terdapat di Malaysia,ia digunakan oleh Land Rover Freelander berwajah baru.
Dalam acara pra-pelancaran ini,ia adalah sebahagian daripada kempen global Evoque yang dipanggil 'HELLOEVOQUE' di mana Evoque mengucapkan 'hello' pada beberapa bandar besar di dunia dalam bahasa tempatan.Di Kuala Lumpur,Land Rover memilih tagline 'Salam Kuala Lumpur' dan kedua rangka bentuk model baru itu akan dipamerkan di sekitar Kuala Lumpur dalam bentuk bingkai wayar (wireframe) biru dan hijau-warna biru untuk varian 3-pintu dan warna hijau untuk varian 5-pintu.
Direka oleh artis London Benedict Radcliffe,bingkai wayar model tersebut menjadikan ia baru di Asia Tenggara.
'Kami sangat teruja dengan potensi pasaran dan impak dari model Evoque.ia merupakan transformasi dari jenama Range Rover yang sepenuhnya menjadi penguasa pasaran SUV.Kami menyasarkan pasaran baru yang bergaya,berteknologi dan mesra alam.Evoque menawarkan pengalaman Land Rover kepada anda walaupun saiznya kompak,'kata Pengarah Urusan Land Rover Malaysia,Mohd Hazem Abdul Rahman.
Mulai daripada itu,tempahan bagi model Evoque telah dibuka.Wak dengar,Land Rover Malaysia semalam telah mendapat 30 tempahan bagi model Evoque itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan